May 19, 2013

teori darwin

dah dua hari aku bukak blogger.com dan klik butang create new post. setakat pukul 2 pagi tadi, still xde pape yang bertulis. 

lupa lagi apa yang nak ditulis..

so, aku share ni je la. ini adalah update status terbaru aku di facebook...

teori Darwin: sesuatu objek tidak akan bergerak ataupun berubah bentuk selagi tiada daya yang dikenakan ke atasnya.

anggaplah kita, manusia (ada ke robot atau binatang yang baca blog? hahaha) sebagai objek. kalau takde daya, kita akan terus la terlentang atas katil setiap pagi. erti kata lain, malas.

daya diperlukan untuk objek bergerak. so daya ni ada berbagai variety. daya ketukan jam loceng menyedarkan korang bangun subuh, daya tarikan dari ibubapa yang tarik telinga paksa anak2 pegi sekolah. keinginan mencapai sesuatu aka cita-cita pun salah satu bentuk daya.

tak kisah la daya apa sekalipun, ianya memang diperlukan untuk 'objek' bergerak.

ntah apa daya aku pakai ntah, baru la tertulis entri ni. :)

May 15, 2013

lupa

aku tak pasti la aku ni ada short term memory ke apa sejak kebelakangan ni.

iyelah. pagi tadi, ada satu kes yang aku rasa menarik untuk di-blog-kan, then aku lupe. petang tadi masa makan tepi pantai pun, ada je ilham nak goreng kat blog, tapi lupe juga. haish. ni baru tadi punya ilham. cepat2 tulis terus kat blog. haha..

*

ramai orang kata, kalau nak orang buat baik dengan kita, kita buat baik dengan dia dulu.


ghenti kan le yob!

ntah betui ke idak tulih rhupe itu. haha..

contoh. aiman belanja ainan nasik. dengan harapan nanti bila2 ainan belanja la aiman balik. lepas tu sampai sudah la ainan tak belanja2. lepas tu mula la aiman mengungkit2, tak kira la ungkit depan2 ke ungkit blakang2 ke mahupun ungkit dalam hati sekalipun. daripada benda jadi pahala, hilang dah pahala tu.

tapi aku tak pasti, bila belaja orang dgn mengharapkan balasan, ada ke pahala? sila cek dengan yang lebih arif.

aku pun tak pasti contoh aku bagi releven ke tak. tadi ada contoh lain. lupa. haa tengok! lupa lagi..


May 8, 2013

adab berbincang

beberapa hari yang lepas, sebelum pilihan raya, ada kawan aku, yang belajar di luar negara, bertegur sapa di facebook. diajak berborak tentang politik negara. ok tada hal. aku pun semakin hari, lekat dan layan juga cerita-cerita politik ni. haha

maka bersembang la kami berdua. pada awalnya, perbincangan masih okay. sampai satu tahap, topiknya adalah mengenai pendidikan percuma. aku taknak sebut yang dia ni setuju atau tak, tapi katakan lah pendirian dia ni A. maka dengan panjang lebarlah dia berhujah menyokong pendirian beliau tanpa mengira aku yang naik boring tunggu dia selesai taip hujah2 beliau.

lama juga la dia cerita.

lepas tu baru dia tanya. aku punya pendirian macam mana?

ok, aku pun bagitau la yang aku tengok ada kebaikan dan kelemahan untuk pelaksanaan pendidikan percuma tu. aku tak cakap aku sokong atau aku bangkang. dan dari sini, sesi perbincangan dah bertukar jadi sesi debat. segala point aku dibangkang. point yang positif terhadap pendirian dia je yang dia terima. dah kalau obses dan yakin sangat nak dengan pendirian sendiri, tak payah bincang la weh.

kalau tak setuju tu takpe, tapi biar dengan caranya yang betul. ni kalau dah nak macam bergaduh, apa hal? fanatik sangat kot dengan parti.

ada satu benda yang aku rasa, orang ramai kena faham bila bercakap dalam kumpulan atau dalam perbincangan.

bila bercakap, orang sekarang tak suka dengar kau je bercakap. orang sekarang lagi suka bila diorang diberi peluang untuk bagi feedback ataupun bertanya.

memang, ada akan kata, dalam kelas, bila lecturer bagi peluang bertanya, kenapa tak tanya?

pada aku, tu salah student. atau, lecturer boleh lebih terbuka dengan menyediakan platform lain untuk bertanya. contoh, ustaz azhar bagi peluang bertanya dengan tulis kat kertas dan bagi pada dia. atau, ada lecturer bagi email, minta student bertanya pada dia dalam email.

banyak je paltform untuk bertanya, atas sendiri la.

satu lagi pasal bercakap. ok walaupun kat atas tulis "satu benda", tapi ada lagi point..haha

bila dalam perbincangan berkumpulan, elakkan la kau sorang je bercakap. jangan nak dominasi sangat, macam semua benda kau tahu. itu basic. kau kena respect orang lain. tambah-tambah la masa mintak kerja. memang la skill bercakap tu yang kau nak tonjolkan, tapi jangan la sampai tenggelam orang lain kat situ.

aku bukan apa. aku pun tak pandai sangat nak bercakap depan orang ni. ilmu aku pun limited. sebab tu bila berbincang, aku lagi suka dengar dulu dan ambil kira semua pendapat. lepas tu summarize, tunjuk guideline biar perbincangan jadi teratur.

yang penting, bagi peluang dulu pada orang lain bagi pendapat. bercakap. kalau dia taknak, itu salah dia.



May 4, 2013

kenapa lipas mati terlentang

okay...seperti title entry ni..

kejadian berlaku di rumah. toilet rumah aku, kalau bangun tengah2 malam, memang paling tidak pun akan jumpa jugak seekor lipas. tak tau la dia datang dari mana. tapi tengah2 malam, pasti ada.

aku tak suka ada serangga ni (penegasan: aku tak takut lipas ok) kat toilet. so aku pun spray la dia dengan ridsect / penyembur nyamuk. kenapa guna penyembur nyamuk? dah itu je yang ada.. racun jugak kan. aku ni memang tak ada keje kot, sebab aku sembur pada lipas tu memang banyak la. siap kejar lagi. tup2, ada tiga ekor. tiga2 tu memang kena la ridsect tu. so diorang pun mula la mabuk2, dan x gerak2. so aku assume mission accomplished la. so aku tido la..

dan pagi esoknya.. ketiga2nya dah mati terlentang..

so soalannya ialah?

kenapa lipas mati terlentang?

haha pelik2 je pemerhatian aku kan.. biarlah.. pengisian malam terakhir sebelum mengundi esok.. hahaha