April 30, 2013

untunglah dah siap thesis

amaran: pelajar2 yang sedang struggle siapkan final year project (fyp) anda, sila tinggalkan blog ni. dah siap datang balik..

atau nak baca, baca je la. mohon tak terasa atau kome dengan pelbagai bentuk jealousy. haha..


kos aku adalah sangat unik berbanding kos2 lain, di mana kos aku hanya diberi masa satu semester sahaja untuk siapkan tesis. dan tesis tu dibuat pada semester lepas, iaitu semester 7. tapi next year, adik2 junior kos aku akan buat thesis diorang pada sem 8. tapi tetap la satu semester.


sumber google.

so bila dah siap thesis, adalah satu nikmat..haha. tak ada tekanan. walaupun semester 8 ni penuh gak kelas, dan semuanya extreme2 belaka, tapi tak boleh lawan stress buat thesis ni. setakat  assignment tu dah lali kot. hahaha ayat tak boleh blah kan..

so ada kawan2 yang dari kos lain, yang tengah sibuk dengan fyp, bila diorang nampak budak kelas aku rilex2 je, diorang lak stress. dah la rilex je, siap salu berjalan je. (semester ni more on practical, so banyak farm visits) and paling di-jelous-kan, siap ada masa gi international trip lagi.

so let me clarify some points:

1. kami yang buat thesis dalam jangka masa satu semester sebenarnya lagi perit. bayangkan satu semester tu ada berapa bulan je. start2 bukak semester dah serabut tulis proposal tajuk research kita. kena tukar itu ini. ada some of us, diorang kena start collect data awal sebelum pembentangan proposal lagi. dan paling malang adalah bila lepas pembentangan, kea tukar atau adjust findings kita. lagi teruk kalau ada yang kena tukar tajuk terus.

compare dengan orang lain, orang lain ada nearly satu semester untuk proposal, and one whole semester to finish it up.

2. bila diajukan ayat seperti ni, "jelesnya aku tengok korang, dah siap fyp, boleh rileks2, xde keje", so what do you expect us to reply or react? adakah bila diajukan statement tu, kami kena terus bangun dan pura2 mem-busy-kan diri semata-mata jaga hati korang?

at some points, sebenarnya sama je kot. last semester pun kami pun stress tengok korang relax. so, life's have ups and downs kan..


btw, sila jangan emosi ye. good luck in your thesis writing and tak lama lagi habis dah study :)

kalau stress, baca ni.. aku rasa lawak kot..




April 23, 2013

sensitivity

bila tulis, kau boleh padam-padam, sulam ayat cantik-cantik, pilih kata yang indah-indah. 

bila bercakap, keluar dari mulut, tak boleh padam-padam.cuma boleh atur lenggok intonasi dan gaya bahasa.

bercakap, akan ada dua kemungkinan; sama ada masuk seketika di ruang minda dan hilang lepas seketika, atau kekal dalam ingatan atas sesuatu sebab. mungkin terlalu kasar atau pedas bagi seseorang mahupun percakapan yang menyentuh hati dan memberi kesan.

thinks well before speak. kenal sensitivity kawan-kawan. kita gila-gila, tak kisah, tapi kawan-kawan kita belum tentu sama. 

April 20, 2013

chiang mai 2

pagi2 bila tiba di LCCT, ramai dah orang kat sana.. flight ke sana, ke mari..

dalam pukul 4.30pagi, check in siap2, pastu setel2 semua, cari surau dulu untuk solat subuh.

surau tu tak convenient, sebab speaker betul2 atas ruang solat, so solat subuh jemaah agak terganggu dengan announcement flight2 yang sangat kuat sampai tak dengar bacaan dr rahsid yang mengimami solat subuh pagi tu..

usai solat, terus bergegas ke gate perlepasan.

*

sampai di bumi chiang mai, lepas je check imegresen semua, van dah siap menunggu bersama wakil dari chiang mai university.

satu yang ketara, orang thai ni kebanyakannya guna kereta toyota dan mazda jer.. penuh kereta di sepanjang jalan dengan kereta2 jenis ni jer.. kereta proton ada satu dua je kot.. haha..tak tau la harga berapa sebijik kereta kat sana..
yang aku tau, harga minyak seliter kat sana kalau duit kita, lebih kurang seliter rm3.10 kot.

sambung lagi.. assignment pun x siap lagi nih.. haha

April 14, 2013

chiang mai 1

alhamdulillah, selesai sudah program mobiliti ke Chiang mai, Thailand baru-baru ni. 

hanya Tuhan la tahu betapa bersyukurnya aku bila dapat jugak jejakkan kaki ke thailand. 
hanya Tuhan je tahu macam mana sebenarnya perit jerih di sebalik tabir nak bawak semua classmate ke thailand.
hanya Tuhan je tahu, betapa berbaloinya usaha, wang ringgit dan kredit bila melihat semua orang berpuas hati dengan apa yang disediakan. 

alhamdulillah, aku bersyukur. 

paling membuatkan usaha kita berbaloi apabila tampil kawan-kawan yang datang pada kita dan ucap
"bro, thanks for all the efforts for bringing us here"

that short phrase means a lot. thanks.
esok sambung lagi..

April 4, 2013

2 years

orang kata, tempoh setahun perhubungan adalah tempoh percubaan, ataupun tempoh untuk mengenali hati budi pasangan masing2. kalau 2 tahun, macam mana?

normal, bila ada pergaduhan, tapi tak normal kalau masing-masing hati keras membatu, ego melangit.

normal, bila ada merajuk, cemburu dalam perhubungan.


for you,

it's 2 years now, and still long way to go. together, we build up this strong relationship, and together we will defend it until the rest of our lives. i love you sayang :)

saya percaya, jodoh di tangan Yang Esa, dan kita boleh berusaha untuk itu. saya percaya kebaikan itu ada pada orang-orang yang berusaha. perjalanan masih jauh, tahun ni kita akan sama-sama graduate, dan in shaa Allah, kita berusaha dapatkan kerja yang baik.. moga tahun-tahun mendatang kita akan jadi lebih kuat, dan hubungan kita akan jadi lebih matang.. :)