March 14, 2011

jom, saya belanja

belanja. perkataan atau topik yang agak kerap saya bicarakan dalam seminggu dua ni. mereka di sekeliling saya pasti tahu. belanja, sesuatu yang sangat saya gemari. ala, siapa yang tak suka bila ada orang nak belanja kan?



saya ni bagi sesiapa yang kenal saya, memang agak tak tahu malu. sikit. sebab saya dengan senang hatinya minta orang belanja. tanya la awek-awek comel yang kenal saya. ramai dari kalangan mereka pernah di'pau' oleh saya. dan kebanyakannya berjaya. dari belanja gula-gula sebiji, hinggalah ke mcdonald. haha.

saya bukanlah jenis yang suka memaksa orang untuk belanja saya. serius, tak pernah. kecuali desakan bertali arus, itu pun sebab kes-kes berkecuali. haha. saya ingat, dan saya kenang orang yang belanja saya. dan saya seboleh-bolehnya akan cuba untuk membalas layanan baik kawan-kawan saya, kerana belanja saya bermaksud, orang itu berbudi pada saya.

kalau keadaan kewangan saya stabil, saya tak pernah berkira dengan kawan-kawan. tapi buat masa ini kewangan saya tak berapa menngizinkan. jadi, maaf la. kena KIV dulu la.

3 comments:

Anonymous said...

belanja. perkataan yang agak kerap diungkapkan kepada sy terutama skali hari jumaat. haaa. en en en. alaaaa rndu nyaaaa.
dan sy juga tdak pernah berkira dengan kawan-kawan saya.

okayy, kiranya aku ni under golongn KIV lah ni??hehehe

mr kay said...

faizdz: memang kamu antaranya. setiap jumaat di kafe b. haha. rindu that moment!!

bukan KIV. sebab tak ada kesempatan nak jumpa kau. haha

Anonymous said...

hahahahaha.
okayy, nanti2 lah klu ada masa, jmpa lah ye. ko tu jgn busyyy je manjang. hohoho