May 3, 2012

tribute to a legend-Sudirman

dari kecil lagi, aku dibesarkan dengan alunan lagu-lagu Sudirman. tipu la kalau tak tahu paling kurang satu lagu dia kan? yang sangat sinonim dengan hari raya tu, Balik Kampung tu, lagu dia la tu. 

aku sukakan cerita sejarah hidup dia. ambil law tapi let it go semata-mata jadi penyanyi. dan cerita konsert dia dekat Chow Kit tu lagi la. sejarah beb. 

dari dulu lagi aku bayangkan kalau ada orang akan buat filem biografi mengenai sejarah hidup Sudirman. dan sekarang, aku terbaca pasal ni:


Filem yang mengisahkan tentang seorang gadis Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tetapi baik hati. Dia mempunyai dua rakan baik iaitu Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Iman mempunyai seorang rakan bernama Johari yang dalam diam menyukai Iman.

Johari ini seorang kacak dan pada masa sama, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita turut menyukai Johari. Rita seorang yang ego dan suka mencari masalah dengan Iman. Pada masa sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang turut disertai Rita.

Filem yang menelan belanja RM1.6 juta ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia pada 24 Mei 2012 ini.

sumber: tupai.com.my

p/s: disebabkan ini filem tribute to a legend, harap-harap biarlah berkualiti. jangan sekadar buat nak untung je. 

No comments: