May 15, 2012

entri untuk guru dan pensyarah

first of all, tahniah city sebab menang EPL. tahniah jugak kat man u.

dulu ingat man u dapat extra time yang extra, yang owen score last2 minit, menang dengan city tu? haa, sekarang turn diorang pulak dapat advantage tu. dan diorang manfaatkan dengan baik. dan, aku boleh kata sepanjang follow epl, yang last-day season yang ni paling mendebarkan. haha.


*


hari ni 15 mei. tapi nak buat entri awal sehari. sebab esok hampir seharian keluar. ada praktikal.

16 mei, hari guru. (belum lagi dengar yang hari guru ni haram, so boleh kot buat entri ni)

the most best teacher in the world must be untuk abah tersayang, cikgu AHMAD HUMAIRI BIN RAZALLI, guru di SK CENDERUNG KELUBI.

juga tak dilupakan,

- guru2 SK SUNGAI GALAH (darjah 1-3)
- guru2 SK TOK PELITA, Pasir Salak (darjah 4-6)
- guru2 SMK Dato Seri Mahararaja Lela, Kg Gajah (tingkatan satu, 4 bulan je kot)
- guru2 SMK Lambor Kiri (tingkatan 1-3)
- guru2 SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
- pensyarah Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng

dan

- pensyarah2, profesor2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu


puisi terpopular untuk guru:

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. "


# tiada guru, maka tiada pembangunan, tiada kemajuan.
# tiada guru, maka tiada institusi pendidikan
# tiada guru, semua hidup terseksa
# tiada guru, ramailah terkorban
# tiada guru, tiadalah populasi di dunia ini!


No comments: