August 29, 2010

mood berbuka puasa di rumah

tadi ada test breeding. dah selesai. jadi secara rasminya, aku penuh dengan mood merdeka dan raya. tak fikir tentang study sekarang. haha.

aku masih belum sepenuhnya bersedia untuk raya, sebab belum balik rumah lagi. balik rumah baru fikir-fikir tentang baju raya etc,dan aku tak fikir mau spend banyak untuk raya kali ni. huhu.

aku memang tak sabar nak balik rumah. nak berbuka dekat rumah, ada ragam tersendiri. mama kompem akan pening kepala nak sediakan air apa untuk berbuka, sebab aku suka anggur, aeyman suka air oren, abg adi pulak banyak jenis air. tebu, soya, bandung. haha. abah dengan mama wajib ada teh. so biasanya akan ada lebih dari satu jag la kat meja makan.

tak sabar rasanya. cepat la hari Khamis!

No comments: