April 17, 2010

masih ingatkah

 011

masih ingatkah
ketika air mata kamu jatuh
hati remuk dan punah angkara si dia
aku ada di sisi.

masih ingatkah
ketika kamu jatuh tersungkur
dan akibat sekeping slip peperiksaan
kamu sangka hidup sudah tamat
aku ada di sisi.

tapi
ada sesuatu yang masih aku kabur

bila aku yang tersungkur
kau di mana?

bila aku terasa sunyi dalam kegelapan
melayan ritma dalam jiwa yang berseorang
kau di mana?

tolong ingatkan aku
kamu di mana ketika aku mahu kamu di sisi
kerana aku mungkin lupa.

No comments: