May 2, 2015

terkenang

memancing adalah satu aktiviti yang aku suka. memang dibesarkan dan diajar dan didedahkan untuk memancing sejak dari kecik. bermula dengan ikut abah sama2 memancing di anak sungai, memancing sendiri depan rumah opah (arwah) dengan abg adi dengan umpan cacing, lepas tu dibawa paksu untuk turun ke lombong, menjala dan menjaring ikan talapia, dan belajar untuk menjala dan menjaring sendiri.

entri ni takde motif. cuma aku terkenang. memancing masih lagi sebati. cuma tukar persekitaran, memancing di kolam, air tawar. 

terkenang macam2 benda. kaki luka terpijak kulit kepah masa menjaring kat lombong, fami (sepupu aku) luka kepala terhantuk besi lepas tahan taut dekat parit, macam2 lagi la. 

dah besar dah aku sekarang. haish. 

No comments: