March 5, 2012

updated projek arnab

tak tau la kenapa, tapi sejak dapat 'lampu hijau' dari KJ, our beloved PA, aku jadi semangat untuk uruskan arnab2 kat ladang tu. dah macam projek sendiri dah rasa. haha. tapi projek ni projek untuk "Animal Science 2nd Batch" untuk tujuan pengumpulan dana.

pagi ni baru lepas present design sangkar arnab baru kat PA, dan alhamdulillah respon yang diberikan amat baik, dan boleh proceed dengan design ni. lepas ni, boleh buat sebut harga dan upah orang untuk buat sangkar ni. insyaAllah, arnab2 di ladang dapat rumah baru nanti. huhu

dan sekejap lagi, nak gi jenguk ladang arnab, nak tambah variety baka arnab kat ladang unisza ni. insyaAllah, cadangnya nak beli baka Dutch pulak. ni haa, gambar dia..


yang ni rare sangat, sebab Dutch biasanya warna gelap je.

Ciri-ciri arnab Baka Dutch:

KEPALA
Kepala arnab dutch haruslah bulat dan penuh, tidak berbentuk seperti buah pir, dengan leher yang pendek serta kedudukan kepala berhampiran dengan bahu. Secara idealnya tidak lebih dari satu setengah lebar hujung jari dari indeks dan satu jari tengah harus muat antara kepala dan awal bahu pada arnab yang berusia 6 bulan ke atas.

TELINGA
Telinga harus kekar (stocky), berbulu dengan baik, berkedudukan tegak serta seimbang dengan ukuran kepala dan tubuh badan arnab tersebut.

MATA
Mata harus terang dan jelas, bebas dari bintik-bintik atau perubahan warna di iris. Warna iris haruslah sama di kedua-dua mata dan mesti sepadan dengan warna arnab tersebut. Misalnya arnab dutch Hitam, Coklat, Gray, Steel, atau Tortoise harus memiliki warna mata coklat gelap. Manakala arnab dutch biru (blue)  mesti mempunyai warna mata biru abu-abu (blue gray).

KAKI
Kaki haruslah lurus dan panjang yang tepat dan saiz kaki sesuai untuk menyeimbangkan tubuh arnab. Kuku kaki haruslah berwarna putih di semua jari. Kuku yang berwarna selain putih adalah tidak layak diiktiraf sebagai baka arnab dutch.

BULU

Bulu haruslah pendek dan padat, malah sekiranya dibelai bulu ke arah kepala maka ketika itu  bulu arnab dutch harus terbang kembali ke kedudukan lazimnya dan bulunya yang halus menutupi ke seluruh tubuh arnab.

2 comments:

budak kacamata said...

good job..keep it up..!

budak kacamata said...

good job..keep it up..!