March 11, 2010

pertandingan fotografi-jemput la masuk

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PENGGUNA - Terbuka kepada amatur sahaja

TEMA : “Penggunaan Berhemat: Perubahan bermula dengan Saya”

Pengguna menunjukkan kebijaksanaannya (wisdom) melakukan sesuatu perkara yang memberikan manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, industri dan pihak berkuasa. Maksud “Penggunaan Berhemat” dalam konteks ini terbuka kepada interpretasi yang luas dalam kehidupan harian seperti persekitaran, penjimatan dan penggunaan tenaga, makanan, pengangkutan awam, respon masyarakat terhadap gaya pembelian barangan, keselamatan produk atau perkhidmatan dan lain-lain. Imej boleh dirakamkan secara perseorangan atau berkumpulan dan haruslah mencerminkan aktiviti, perbuatan dan keadaan (moment) yang menjurus kepada konsep “Perubahan Bermula Dengan Saya”

Syarat pertandingan fotografi pengguna - terbuka kepada amatur sahaja

1. Pertandingan terbuka kepada peserta amatur waranegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
2. Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negatif filem). Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Imej yang diambil menggunakan telefon bimbit atau PDA tidak akan diterima. Saiz minimum fail imej 2 MB.
3. Saiz gambar bercetak (print) adalah 8 in X 10 in (8R) tanpa bingkai. Kerja lekapan dan pembingkaikan di atas bod lekap tertakluk kepada inisiatif peserta sendiri
4. Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
5. Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah, atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan
6. Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG./TIFF / BITMAP. Borang permohanan hendaklah dilekatkan di belakang gambar tersebut
7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
8. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010

Hadiah bagi pertandingan fotografi pengguna - terbuka kepada amatur sahaja

Hadiah Pertama : RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua : RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga : RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati : RM 200.00 dan sijil penyertaan

Alamatkan penyertaan kepada:

Urus Setia Program Hari Pengguna Malaysia 2010
No 1D-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS 9A/17,
Sungai Way, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel.: 03-7876 2009/ 7875 6362/ 7875 6370
Faks: 03-7877 1076
E-Mel: urusetia@mypengguna.com

2 comments:

sarahunny said...

macam best!! t saya ajak kawan2!

mohd kamaruzaman said...

nampak cam menarik.. nanti boleh join.