alhamdulillah, merasa lagi ramadhan kali ni. nikmat tu weh, so sila bersyukur banyak2.
1 ramadhan kali ni aku dan 'geng ayam' aku masih lagi praktikal kat ladang ayam kat kuala kubu bahru ni. dan setelah agak bersenang-lenang minggu2 sebelumnya, kami berkerah tenaga untuk menangkap ayam untuk dimasukkan ke sangkar untuk dijual. malam tadi dah merasa macam mana gaya penatnya tangkap ayam, angkat sangkar tu naik lori dan sebagainya. tu semalam baru dua lori. huhu. ni petang ni dan berkemungkinan sampai selasa atau rabu depan, ini la kerja kami.
tangkap ayam ni biasanya petang2 la. lori sampai dalam pukul 4 lebih, turunkan sangkar siap2, pastu pukul 5 lebih tu start la tangkap ayam. so semalam, untuk lori pertama tu, dalam 6.30 ptg tu setel dah, sekali lori kedua masuk, lagi besar, means lagi banyak la ayam kena tangkap. so dalam pukul 9 gak la baru selesai.
hari ni, tangkap ayam sambil berpuasa. it's new experience la kan, walaupun petang ni baru rasa penatnye macam mana, aku agak excited. well, nabi dulu pun perang masa puasa, ini apa la sangat kan. insyaAllah. kerja2 ni pun kira ibadat jugak kan kalau ikhlas. pahala jugak tu. lagi berlipat2 kali ganda bulan ramadhan ni.
so korang, jom la kita rebut pahala banyak-banyak bulan ni. insyaAllah, ramadhan kali ni nak cuba kasi tukar semua. semua, ke arah kebaikan. kalau study nak exam hari tu, aku sungguh2 buat mind map, stay up bagai, so apa salahnya guna semangat macam tu untuk rebut pahala kan?
salam ramadhan semua.
1 comment:
alhamdulillah~ wa kne berbuke kat stable maa, agak sedih....
Post a Comment