September 2, 2010

2 September 2010

aku suka travel siang berbanding malam. travel siang hari lebih banyak manusia. bila lebih ramai manusia, banyak ragam boleh kita tengok.

itu antara sebabnya aku pilih tiket siang, pukul 8.30 pagi untuk balik cuti raya kali ni. memang mahal sikit, sebab bas ambil laluan ke KL, before terus ke Ipoh. sebab lain, aku mau ponteng kelas. tapi great news, kelas untuk hari ni memang lecturer dah batalkan. haha.

pertamanya, tak ramai awek dalam bas aku kali ni. hampa sekejap. haha. lepas tu, tengok ragam driver. memang tepati masa dan jaga perasaan penumpang yang nak cepat balik macam aku.

sejam pertama, aku melayan pemandangan cantik dari tingkap bas sambil dengar lagu-lagu raya dalam mp3. kalau ikutkan hati, nak je aku nyanyi kuat-kuat, biar satu bas dengar suara aku. tapi suara aku tak best, jadi baik nyanyi pelan-pelan je.

semalam, aku tak tidur langsung. dan akibat daripada itu, aku mula mengantuk. aku ingat lepas bas singgah kat dungun, aku dah mula terlelap. aku terus switch song playlist aku kepada 'lagu-lagu tidur'-folder yang ada lagu-lagu slow, antaranya deeper conversation-yuna dan lagu-lagu dari mocca, band indonesia. memang lena tidur aku.

aku tersedar bila bas dah masuk KL. suasana jalan KL memang sama je tiap kali aku kat sana-sibuk, sesak dan serabut. tapi ada sesuatu di KL yang buatkan aku terasa selalu ingin ke sana. jam masa di KL, dah pukul 3 petang. sah, lewat la balik hari ni. mesti lewat sampai rumah. so aku tidur lagi.

celik mata, dah ada di Tanjung Malim. Shazwani, awek manja dari Sungkai yang naik bas dengan aku ni turun kat sini. dari sini, aku dah tak boleh tidur dah. terlalu excited nak sampai Ipoh. tunggu punya tunggu, dalam 6.30 petang bas sampai. aku pun tunggu parent aku yang datang jemput aku. masa tu jam dah pukul 7. abah dan mama dah bawak air dan kuih dalam kereta, dah jangkakan tak sempat berbuka di rumah.

tak kira berbuka apa juadah atau kat mana pun, kalau ada family di keliling kita, semua jadi best. betul tak?

2 comments:

gnesop.com said...

wah.. dah balik kampung.. ! best
setuju dgn ayat x kesah berbuka menu apa, bila bersama keluarga.... mmg best ayat tuh!

x sempat berbuka my parent di kg tahun nih..huhuhu (sedih) x der cuti panjang.. tunggu raya jer :)

mr kay said...

haha..

raya nanti lagi nikmat bila makan dengan family..kan?