May 26, 2010

pertandingan untuk mereka yang suka menulis

pusing-pusing
menyelam di google
aku terjumpa ini

Pertandingan menulis cerpen, sajak dan slogan 2010
anjuran PEMBINA JOHOR


Kempen ‘Kami Prihatin’ yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai suatu langkah yang baik bagi meraih perhatian para muda-mudi supaya lebih berhati-hati dalam tindakan dan bersifat belas kepada bayi tidak berdosa yang dilahirkan.
Justeru, atas kesedaran yang tinggi, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor menyambut baik pelancaran kempen dengan menganjurkan Pertandingan Penulisan Sajak, Cerpen dan Melengkapkan Slogan 2010 bertemakan ‘Prihatin, Kasih-Sayang dan Perikemanusiaan’ sebagai inisiatif buat para belia dan beliawanis seluruh Malaysia mengekspresikan idea dan perasaan mereka berkenaan isu ini.

menarik?

boleh cuba.


SYARAT PENYERTAAN
1-   Warganegara Malaysia dan berumur antara17-40 tahun.
2-  Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
3-    Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
4-    Karya boleh dihantar secara Online melalui Email : penulisan2010@gmail.com
5-   Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, Nombor Telefon, Nama IPT/Sekolah, Alamat Rumah dan Alamat Email.
6-   Karya yang tidak mempunyai maklumat peribadi yang lengkap tidak akan diterima.
7-  Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan di dalam blog ini : http://pembinajohordt.wordpress.com/
8-   Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2010
9-   Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak PEMBINA di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
10-   Pihak pengelola (PEMBINA Johor) akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.
11- Penyertaan juga dibuka kepada warganegara Malaysia yang sedang belajar atau bekerja di luar negara.

untuk syarat2 bagi setiap kategori, boleh jenguk sini. ya sini.

tulis la ikut suka hati.
ada rezeki, siapa tahu.

5 comments:

Cikgu Dahlia said...

hurmmm...macam menarik ni...
thanks for sharing yaaa

mr kay said...

my pleasure.

Unknown said...

alllaaaa...mesti ramai gila penulis nuuuunnnn jauh lebih berbakat yang masuk. tengah pikir, bakat FBI ni mampu ker bertanding?

mr kay said...

tak cuba tak tahu.
tak rugi cuba.

rezeki, tak tahu, tak nampak. kan?

PEMBINA Johor said...

Salam.

Terima kasih atas promosi. =)