June 17, 2023

rehatlah abah

 dah sebulan abah pergi.

sepatutnya aku redha. tapi entah. 
bukan tak redha. 
teringat. terkenang.

rumah ni sunyi

kadang, dalam sunyi ni, terngiang di telinga
bunyi tongkat abah
slowly jalan keluar dari bilik
menuju dapur

tak ada dah sekarang semua tu

abah, k tau k kadang ada banyak kasar dengan abah, larang abah makan itu ini. 
k tau, k jaga abah tak cukup baik.  

Allah, masukkan la abah ke syurga tanpa hisab. 
ampunkan dosa abah
kurniakan rahmah dan ihsan pada abah

abah. rehatlah. tenang di sana

March 6, 2023

memori

these past  few days finally tear me apart, inside out. 
it's been officially one year.

seminggu ni, aku habiskan masa dengan recover akaun netflix, dan rewatch most of the k-drama, semata-mata untuk imbas memori bila tengok cerita ni bersama. terkenang, tengok tv sambil makan, sambil layan kucing, sambil lipat baju bersama, atau sekadar rest bersama di sofa. 

dari cakap mulut, aku akan cakap,
"dah move on"
"past is past, even menyesal pun, tak dapat ubah"

deep down, ya aku massih hidup dalam memori


selamat berbahagia, my sweet cupcake.
sampai mati, tetap my sweet cupcake.

October 16, 2022

kalau

tak guna berkalaukan perkara yang dah berlaku. 
memang sudah hakikat,
memang tak dapat diubah.

kalau direnung, aku sendiri memang tak jumpa di mana bermula semua ini. 

menyesal? memang.

aku memang salahkan diri sendiri
sikit pun aku tak salahkan orang lain.

orang kata, akan ada sinar selepas derita

aku kata, mungkin ya. mungkin tak.
soalnya, layak ke?

aku tak perlu orang lain. 
aku tau tahap aku macam mana.
manusia iya aku boleh belit itu ini, 
tapi tidak pada Yang Maha Mengetahui.

aku minta satu. 

jika tak dapat bantu, diam saja.

jika sudi, doakan. doakan aku.
roda aku lama dah di bawah.
bantulah aku, 
kembali ke normal.

March 10, 2022

restart

2022 nampaknya tak berlembut dengan aku
satu-satu dia bagi aku ujian
tak kasi can langsung

ya
semuanya salah aku
aku tak pasti dari mana puncanya aku jadi teruk macam ni

apa aku belajar;

cannot change that.

hiduplah aku dengan penyesalan yang sampai bila-bila pun aku tak akan dan tak boleh lupa.

maaf
untuk semua yang aku sakiti

aku minta ruang
dan masa

in sha Allah aku akan tebus kesalahan aku satu persatu.

satu lagi,
apa yang jadi
salah aku, dan aku saja
jangan babitkan dia, keluarga dia, mahupun keluarga aku.

salah aku.
noktah.

May 19, 2021

Era Covid

Sumber BHarian.

 

Post pertama in 2021.
Era covid. 
Positf in Januari.
Merasai pengalaman 3 hari 2 malam di pusat kuarantin Covid-19 di MAEPS Serdang.

Alhamdulillah masih bernyawa. Masih sihat. 
Memasuki Mei, virus masih berleluasa. 
Nak keluar susah. Tak keluar, tak bergaji. 
Dilema. 

Tan Sri DG pun luahkan nada risau, sebab kadar kebolehjankitan makin tinggi. Varian pun dah pelbagai. 

Nyah la cepat virus. 
Aku rindu kampung yang teramat dah ni. 

September 25, 2017

update

hari ini hari menyelongkar blog post lama-lama.

baca balik tulisan budak tak matang.
tulisan konon acah-acah power.
tulisan konon-konon macam puitis.

haha.

ramai rupanya kenalan dalam blog ni yang sebenarnya kenalan aku di tempat lain tapi aku tak sedar. tak tau la dia sedar ke tak. 
dan mostly blogger yang aku suka baca dah berkubur jugak. tapi masih ada yang menulis di fb macam menulis blog entry. panjang. haha

tu je. 

May 23, 2017

buttercup

setiap kali menjelang Ramadhan, masing-masing akan buat persiapan masing-masing.

tahun ni, adalah Ramadhan pertama aku bersama isteri. lain macam sikit la tahun ni punya persiapan. aku dah lama dah raya pakai baju Melayu ulang-ulang ni. tahun ni, raya pertama, kita bagi meriah sikit.

selain dari bab nak cari baju raya ni, kami juga sibuk buat persiapan nak buat biskut raya apa tahun ni. haha. maklum la sepanjang puasa ni aku menganggur. masuk kerja tempat baru lepas raya. jadi aku la kena buat. tapi tak ada masalah sebab tahun-tahun sebelum ni pun aku selalu tolong mama kat dapur.

dalam persiapan fikir pasal resepi biskut raya ni, wife aku memang power bab preparation. bab survei harga bahan-bahan ni, memang dia power. barang utama yang memang kami selalu survei bila pergi pasaraya atau kedai bahan-bahan kek, ialah BUTTERCUP.



kenapa BUTTERCUP? sebab memang dah biasa guna sejak dari kecik. memang mama pun kata buat apa pun guna BUTTERCUP memang jadi elok. kalau buat kek, memang dia jadi gebu gitu. haha.

mama punya extreme pasal BUTTERCUP ni, sampaikan dia kata ada beza tau BUTTERCUP yang ketul tu (ada saiz 250g atau 500g) dengan yang dalam tin atau tong 1.5 kg tu. tak tau la apa beza dia tapi mama kata kalau buat kek, ada beza. gebu dia tak sama. tu mama la kata. tapi kami tiga beradik hero termasuk la abah, tak tau nak detect beza apa. haha.

harga barang sekarang memang mahal. jadi masing-masing kenalah jadi pengguna yang bijak. kalau nasib baik, dapat la cari barang-barang murah.

kalau biskut raya sedap, sapa nak order boleh pm tepi. haha. 

May 16, 2017

Fenomena Fattah Amin beterusan

Fenomena Fattah Amin ni makin menjadi-jadi. tak tau la kenapa sampai boleh jadi yang paling popular. buku tak best pun jadi paling popular. adui.

tapi sebenarnya, tak salah. sebab memang kategori paling popular. bukan terbaik. popular, tak semestinya baik. itu je.


April 4, 2017

hilang seri

blog dah berhabuk dah.

uhuk uhuk.. nanti la bersih.

*

adalah sangat bahaya bila kita pergi kerja dengan moral yang sangat rendah, dan tanpa ada sebarang motivasi. bahaya. sebab makan gaji buta. masuk kerja, sampai je, terus touch in, dan duduk buat kerja seperti robot.

aku rindukan zaman masa aku rasa semangat nak belajar dan semangat nak improve itu dan ini dalam syarikat. kalau dulu, asal ada meeting je, mesti berharapa sangat dapat join sebab ada rasa nak involve dengan update dalam syarikat. dan zaman dulu, muka ini la yang selalu kena buat itu ini sebab suka sangat bagi idea macam-macam.

sekarang, lagi suka kalau tak dipanggil masuk meeting. lagi suka kalau kurang penglibatan dengan management. lagi suka buat kerja sendiri dan siapkan kerja yang diberi saja. bila hati dah rasa tak ngam dengan management, macam ni la rasanya.

harapnya akan ada la angin perubahan suapaya aku kembali enjoy dan passionate dengan kerjaya aku.

*so far, tak ada tanda-tanda nak pindah duduk dengan isteri ni. adoii.. doakan kami lebih kuat hadapi semua ini. amiinnn..

February 22, 2017

renew roadtax dengan mudah

disclaimer: pos yang sama aku guna kat fb. sebab aku dah lama tak tulis kat sini dan tak sempat2 nak tulis. sekarang aku ada buat servis roadtax. jadi yang baca kat sini pun boleh renew jugak dengan aku. servis seluruh Malaysia.

PROSEDUR TUNTUTAN CERMIN KERETA
Ada yang bertanya jadi kita share. Biasanya, dalam polisi, kena tengok jumlah korang bayar untuk cermin (Bagi yang ada add up untuk cermin la). Biasanya, jumlah yang korang bayar untuk insurans tu adalah 15 peratus dari jumlah yang diinsuranskan.
Contoh, kalau cermin kereta Persona, biasa nilai cermin pasaran adalah rm800. Jadi jumlah yang korang kena bayar, ialah cuma rm120 saja. Ok faham dah bab bayaran cermin?
Ok ni bila nak claim pulak. Benda yang korang perlu ada:
-Polisi Comprehensive yang masih sah untuk kereta tersebut.
-Salinan fotostat kad pendaftaran kereta (depan dan belakang) dengan stamp tarikh perbaharuan. Sekiranya anda memperbaharui cukai jalan melalui MyEG online, sertakan resit tersebut.
-Salinan fotostat IC dan lesan bagi pemilik kereta (Insured).
-Salinan fotostat IC dan lesan bagi pemandu, jika pemandu dan pemilik kereta adalah bukan orang yang sama.
-Laporan polis jika ada.
Soalan lain. Kalau korang punya insurans cermin contoh la rm800 yang dicover, dan korang repair cermin, baru bayar rm400, jadi korang masih ada baki rm400 untuk claim pada tahun itu.
tak clear, roger je. nak renew atau apa-apa soalan, pm je atau terus whatsapp ke 013-3395937.

January 21, 2017

Jdt Vs Kedah

tak tengok whole game. tapi sebabkan blog lama tak update, dan tak ada idea nak tulis apa, so aku jadikan game semalam sebab modal menulis.

1. Setup, promo, template liga super tahun ni oleh media prima ada improvement, walaupun ada yang kata tiru EPL punya yang tahun lama2 dulu.
2. Game menarik. balance. tapi banyak sondol menyodol. haha
3. Commentator. Yang ni tak improve lagi. Time kedah sepak gol penalti yang terakhir dan masuk, dah menang pun, nada commentator ni sama je. macam belum start penalti. Kalau la aku pergi dapur, pastu gol, aku tak dapat detect langsung yang dah gol ataupun dah habis dah game. kalau EPL atau liga lain, tak pun zaman astro arena, time mana2 team gol, mesti commentator akan excited, paling tidak pun lantang sikit la suara tu. aku yang kalau time tu ada kat dapur pun akan berlari balik ke ruang tamu nak tengok replay.
4. Tak ada kelibat tmj masa bagi hadiah. ini pada aku tak sporting la. aku harapkan tmj ada atas stage bagi hadiah, show respect pada team pelawat yang menang. 
5. harap jangan Johor Southern Tigers keluar statement merepek2. 

jangan kecam. aku main bedal je tulis ni. haha. harap tahun ni ada luck untuk Perak The Bos Gaurus. 

December 30, 2016

2017

2017.

1. harapnya dapat la kerja di area lembah klang secepat mungkin. tak kisah kerja, tak nak memilih sangat. tinggal dengan isteri lebih utama. 

2. kurus! - kena perli dengan wife selalu sangat dah ni.. haha. tengok la kalau mampu, boleh resume atkins. haha.

3. memantau dan mengurus kewangan dengan lebih ketat tapi berhemah. ada rezeki, nak dapatkan extra income dari sumber-sumber lain jugak. sekarang dah ada isteri. tak boleh sama macam dulu lagi dah.

4. lebih kerap sedekah. nak cuba wajibkan atas diri sendiri, selain dari sedekah kat masjid setiap kali solat jumaat, nak cuba cari badan-badan kebajikan yang memerlukan dan sedekah, in sha Allah kalau mampu, monthly basis ke. 

5. selain pada duniawi, bab agama jugak nak kena improve. solat kena lebih disiplin. 


ada beberapa lagi la. tapi ini la yang aku nak jaga 2017 ni. tu terutama yang no 1 tu!

December 2, 2016

audit

Disember adalah waktu di mana aku review balik apa yang aku dah achieve untuk tahun ni, dan jugak kena self-reasoning untuk perkara-perkara yang aku tak achieve target aku. kira macam internal audit la; macam company aku, tiap-tiap hujung tahun, akan ada macam-macam audit untuk rectify part yang kurang, dan company kena plan macam mana nak improve kan satu-satu department.

audit ni, sama maksud dengan muhasabah diri. kadang-kadang, kita ni buat je apa kita nak buat, maybe masa kita nak buat tu, kita buat decision tak fikir secara menyeluruh. every year, sorang kawan aku akan tanya, ko kawan dengan smoker, ko akan dengar macam2 statement yang diorang keluarkan untuk 'menghalalkan' rokok tu. same case dengan benda-benda lain.

untuk 2016, banyak perkara yang aku gagal achieve. boleh kata aku gagal la tahun ni. tapi ramai yang tak paham. lulus atau gagal dalam sesuatu, tak penting. action selepas tu that matters. sebab tu company-company besar ni ada audit. apa decision yang nak diambil lepas tahu satu2 audit tu lulus atau gagal, itu yang penting.

signboard ladang ni pun parts of audit tau.. haha
moving forward, my 2017 plans are not all about me anymore. my career path, my financial status, my dreams (looking forward 2017 to AT LEAST 30% progress), semua ni kena kira dengan isteri. plus dengan long-distance relationships, weekend husband-wife ni.. adoi susah beb!

2016 dah nak habis. past is past, nothing we can do about it. what really can we do; look back the past, learn from it, and improve for future.


November 20, 2016

ayam daging guna hormon ke


sebelum harvest

soalan biasa yang aku terima berkaitan ayam daging ni:

1. ayam kat tempat ko kerja tu ada cucuk2 hormon ke?
J: satu reban, ada dalam DUA PULUH LIMA RIBU ayam. satu ladang, ada 10-15 biji reban. sapa yang mampu nak cucuk sekor2 tu?? haha. ok2. camni. ayam ni, dari hatchery (penetasan) dah siap2 vaksin dah, bergantung pada SOP syarikat masing2 la vaksin apa sebab ada banyak jenis. itu je masanya yang ayam tu kena cucuk, tu pun pakai mesin. time besar, bergantung pada situasi (SOP syarikat) ayam akan diberi vaksin lagi, selalunya hari ke 7, 10 atau 14. tapi dah tak cucuk dah. sama ada melalui air minuman, ataupun mist spray.

2. antibiotik ayam tu, tak bahaya ke pada orang?
J: memang ada antibiotik yang diberi pada ayam, selalunya melalui air minuman la. sebab kaedah treatment ni, based on one whole flock. ada clinical sign je, terus treat satu reban. tapi, ada satu peraturan yang penternak kena follow, dipanggil withdrawal period. maksudnya, tempoh sesuatu ubat tu ada berada di dalam badan ayam. contoh, ferfonicol ni withdrawal period dia 3-10 hari (depend pada percentage, roughly) so kalau ayam ni diberi makan ubat ni umur 10 hari, ubat tu akan keluar sepenuhnya pada badan dia selepas umur 13-20 hari. sebab tu secara kasarnya, penternak akan stop semua jenis antibiotik pada umur 25 hari. sebab dalam kira2 dalam umur 30 hari, dah start tangkap dah.

ada soalan pasal ternakan ayam daging? leh tanya terus. kalau nak bincang projek serius, tu tepi tu ada fb. leh pm kat situ.. hehe..

November 14, 2016

tamat 9 season How I Met Your Mother

Sapa tengok cerita How I Met Your Mother (HIMYM)? maybe ada, maybe tak ada. haha

aku layan cerita ni masa zaman belajar dulu. tu pun layan separuh je season satu semua sebab aku beralih ke arah cerita The Big bang Theory (TBBT). dan sekarang, 2016, baru aku layan balik, disebabkan sebelum ni TBBT habis dah season 9 dan season 10 baru nak keluar, so aku perlukan cerita lain untuk mengisi masa lapang. so sambil2 layan cerita korea - Doctors - ni pun layan sebab ada Park Shin Hye je.. haha - aku download semua season ni dan dalam masa 2 bulan, habis dah 9 season aku tengok!


nak tengok cerita ni, kena open minded. sekadar tengok saja. yang baik, kita amek, yang sosial culture dia tu, abaikan je, sekadar hiburan cukup ye..

overall, aku memang tertarik friendship yang melekat dari zaman bertiga masa belajar, then masuk barney the legendary, then datang la robin. antara sebab aku melekat dengan cerita ni, storyline dia memang macam real. setiap character ada up and down moment. ted dari kerja architect, menganggur, bukak company sendiri, lepas tu mengajar, lepas tu kerja dengan barney etc. selalu cerita lain, character utama biasa success je. tapi semua kecuali barney, ada moment up and down pasal karier masing2.

aku ada high expectation untuk season 9. tapi frust sebab hampir satu season storyline pasal majlis kawen robin dengan barney, end up bercerai lepas 3 tahun. dan bini ted mati sakit tua, finally anak2 ted encourage suruh pegi kejar balik robin. not as I expected. tapi overall, ok for me.

kalau rasa nak tengok online/download, nah klik sini. tv series lain pun ada jugak kat sini..


November 8, 2016

good bye gary

Aku lelaki dan aku layan running man. haha.

aku tak pasti la paper apa waktu 2010 tu, tapi memang soalan dia stress gila la sampai habis exam tu aku terperap je duk bilik. kebetulan awek (alhamdulillah sekarang dah jadi wife yang sah) sebelum tu guna external hard disk simpan running man dalam tu. disebabkan stress + boring + takde duit nak kuar jalan, aku pun layan jela. 1st time layan, habis marathon 10 episod terus!

gary ni dari dulu lagi aku suka, especially episod2 awal RM ni, sebab banyak ayat dia yang cheesy, selamba dan ikut suka hati dia je. part monday couple tu memang bagi kat dia la.

tak sangka dah 6 tahun lebih dah melayan running man. dah 324 episod. ada masa jugak episod ni turun naik, tambahan pulak produser dia tukar-tukar.. tapi show ni terus bertahan walaupun rating kat korea tak tinggi mana pun.

ep 324, last show gary. baru tengok semalam. dalam kelakar, ada sedih dia.

good bye gary. hope ep 325 dan seterusnya akan maintain.

one way to say good bye


p/s: aku rasa nak update blog, tadi idea nak tulis pasal lain, alih2 bab ini yang keluar.. haha

November 4, 2016

ladang ayam

sejak akhir-akhir ni, ramai penternak baru dan lama dari merata tempat mula hubungi aku untuk dapatkan pandangan tentang bisnes ternakan ni. kebanyakannya ayam daging la, tapi ada juga yang tanya pasal ternakan kambing, lembu dan puyuh. kebanyakannya, secara e-mail, whatsapp la, sebab jarak jauh, tak berkesempatan nak datang jenguk ladang.


Anak ayam baru sampai ladang


seronok rasanya bantu penternak-penternak ni. paling tidak pun dapat juga asah skill dan knowledge. tambah-tambah lagi, sekarang ni ramai penternak-penternak muda yang berani masuk bidang ternakan ni.

high investment, high returns


harapnya satu hari nanti impian ada ladang sendiri akan tercapai..amin..


September 7, 2016

7.54 AM

choco mix no sugar for breakfast.
nasi goreng campak-ikut-suka + ayam goreng tak cukup sifat for packed lunch.
and missing her so much, every second!

ingat senang ke weekend-husband-and-wife ni?
aduh.


Ya Allah,
murahkan rezeki kami,
permudahkan urusan kami,
berkatilah perkahwinan kami.

jangan pernah putus doa ni.
in sha Allah.


August 15, 2016

married

4th April 2011 - 6th August 2016
couple - married couple.

alhamdulillah.

Allah permudahkan segala urusan, dan harapnya, Allah terus permudahkan urusan kami dunia dan akhirat. doakan kami ye.


May 28, 2016

update

bangun pagi, solat pun hujung-hujung waktu, lepas tu menung. dah lewat, baru nak mandi.
di office ada banyak je task pending, tapi tak urgent, so aku lengah-lengahkan.

hal kahwin, pun banyak jugak tak setel lagi.
sebab aku kurang ambil berat sangat bab-bab majlis ni.
duit aku spend more on marriage live nanti.

at least, rumah sewa ada, tilam, dapur, dan asas-asas tu dah ada siap lepas kahwin. 
bab tinggal berjauhan tu, in sha Allah moga-moga perancangan kami ni diberkati, dipermudahkan.
untuk sementara, berulang selalu tiap minggu. ala manjung - selangor 3 jam je punn. plus, tunang (bakal isteri) pun ada kerja elok dah kat sana. sayang kalau berhenti. tapi kalau dia nak berhenti tu, terpulang. her call. 

aku rasa semua benda pun aku nak buat sekarang ni. backpack, blog, tulis buku, gym, berlari, diet. niat je. or ada la yang buat jugak. macam diet. tapi atkins tu hari tu stop jap sebab sampai migrain pun datang. siap ada meds yang tak leh amek. macam serius lak. so kena plan diet lain pasni. 

aku rasa makin lama makin tak produktif ni. company dah bagi bercuti kat Langkawi pun tak settle down lagi kepala hotak ni. personal target aku kat company pun tak achieve lagi ni. dah pertengahan tahun dah pun. adoi~