October 31, 2011

planet utarid dalam bilik

dengan kepala yang berat dan badan yang kesejukan, dia sudah tak nampak huruf-huruf kecil yang ada pada kertas di tangannya. yang dia nampak, cuma bintang-bintang yang memenuhi ruang syiling biliknya dan planet utarid di sebelah lampu.

esok ada test dairy cattle, tapi badan sudah tak mampu. otak juga tak mampu.

kalian, doakan saya agar tak gagal. lulus cukup-cukup makan pun syukur dah. amin~

October 25, 2011

abang kawen

hujung minggu ni abang sulung aku, satu-satunya abang aku akan kawin. jemput2 la datang untuk bloggers2 yang dekat2 area Kg Gajah tu.

dia kawin dengan pilihan hati dia, kenal masa belajar kat poli ungku omar. alhamdulillah, sampai jugak ke pelamin. dan akhirnya, dapat jugak aku kakak. (kakak xde, kak ipar pun jadi, haha)

insyaAllah, ada kesempatan, nanti aku share gambar.

dan pada masa yang sama, ujian bermacam2 menanti aku lepas abg aku kawen tu. 2 test, 2 report diagnostic molecule, 2 report meat science, assignment biostat lagi. pergh..mencabar kot.

takpelah. ada abang sorang je pun. family's first.

*ni k balik ni, sponsor la tiket bas ye? hehe

October 24, 2011

dah dapat hadiah GA korang?

GA dah hantar semalam. dan setakat pukul 10.30 malam ni, aku tengok putrajaya dengan melaka dah sampai. cuma seremban belum lagi. tak jumpa alamat katanya. pelik. haha.

kalau ada masalah, sila email aku, komen kat sini ke. dan kepada yang dah dapat, tahniah. share2 la entri dengan rayban tu.

ouh, pasal topap, dua tiga hari ni susah betul nak guna easy reload. tunggu dah stabil, baru aku topap korang. okey?

October 20, 2011

cupcakes

"hey cupcakes, dah bangun belum? cepat solat subuh"

"okey"

setiap pagi, dia suka benar bangun dengan lihat ungkapan itu di telefon bimbitnya. dan dia suka benar dengar suara cupcakes kejut dia bangun dari tidur.

semoga setiap hari, rutin itu akan berterusan...

October 19, 2011

tak pos lagi

pemenang GA aku, maaf banyak2. barang still x sempat nak pos. sibuk ke KL, Kelantan, exam dan sebagainya.

maaf sekali lagi. insyaAllah minggu depan aku pos.

October 14, 2011

adik comel dan aiskrim

satu petang, aku ke tok jembal. sorang. duduk tepi pantai sambil membaca, atau menulis, itu dah jadi kegemaran aku sejak duduk terengganu ni. dan paling best, termenung. mengelamun. berkawan dengan alam. seolah-olah ombak dan angin meniup ke muka itu ada perkara mahu dibualkan.

*

'abang, ada seringgit tak?'

adik kecik kira-kira umur 3 atau 4 tahun itu menegur. perempuan. comel. dan salah satu kelemahan aku ialah budak kecik yang comel macam ni la.sebab tu aku suka mama jadi babysitter. huhu.

'adik nak buat apa?'
'nak beli aiskrim tu'

dekat bawah pokok tu ada abang jual aiskrim naik moto. dan aku jenguk-jenguk jugak keliling cari mak bapak budak comel ni. nampak jugak kelibat sepasang suami-isteri serta bayi di pangkuan isterinya, terjenguk-jenguk ke arah kami. aku kira mereka lah mak bapaknya.

'tak mintak mak duit?'
'mak tak bagi. mak asyik layan adik je'

dalam situasi aku yang tak berduit, dalam wallet hanya ada sekeping rm5 je. dan aku bawak adik tadi beli aiskrim. disebabkan dia comel, aku belikan dia cornetto terus. haha.

dapat aiskrim, terus dia berlari ke arah keluarganya. oh, budak ni baik, tak lupa ucap terima kasih.

sambil melihat budak tu berlari terkedek-kedek, aku doakan budak tu tak terasa tersisih dengan adanya adik baru. dan berharap mak ayahnya pun sedar dengan perkara ni.

October 11, 2011

date bertukar menjadi surprise party

konon-kononnya nak jumpa, nak sembang-sembang. lepas tu sorang-sorang classmate lalu kat situ, singgah. ada yang baru balik dari luar la. ada yang nak pergi jumpa orang la. kononnya kebetulan la. padahal memang dah dirancang. rupa-rupanya diorang dah plan celebrate birthday aku.

thanks korang, terutamanya my cupcake, wan nur kaiyisah bersama kak dib dan juga hafizah dengan telur, tepung dan 'ramuan istimewanya'.


let the photos do the stories.










October 10, 2011

keputusannya...1st GA aku..

terima kasih kepada 137 peserta yang join... tq sebab support!

ok xnak cakap banyak. ni keputusannya.

1. http://kasihsuci-whh.blogspot.com/2011/09/amadkhirs-first-giveaway.html

2. http://topimagine.blogspot.com/2011/09/amadkhirs-first-giveaway.html

3.http://smileasuwant.blogspot.com/2011/09/amadkhirs-first-giveaway.html

seperti dijanjikan, pemenang akan dapat rayban dan topap rm10!!

kepada para pemenang, sila emailkan aku butir peribadi seperti nama, alamat dan jenis prabayar yang korang pakai.

kepada yang tak menang, terima kasih sebab support! insyaAllah akan ada lagi Giveaway macam ni. huhu

October 3, 2011

tak marah-marah lagi

dunia. ragam. manusia.

tak thrill hidup kalau tak ada godaan atau cubaan. contoh terdekat, student, baik budak sekolah mahupun ipta/s, ada mengadap test/exam. kalau tak ada test/exam, tak tau sejauh mana ilmu tu kita dapat atau faham.

*

setelah bermuhasabah diri, aku rasa masalah aku sekarang adalah untuk mengawal perasaan marah.

Doraemon, tolong matikan perasaan marah aku, agar aku tak boleh marah lagi.

October 2, 2011

tamat 1st Giveaway aku

okey, contest dah tamat.

terima kasih bloggers sekalian yang join. bagi sokongan dan galakan. haha.

disebabkan minggu ni agak busy, so aku akan announce the lucky bloggers tu pada 10 Oktober 2011, iaitu tarikh birthday aku. so nanti korang jenguk2 la erk.