November 29, 2010

Nice Stupid Playground

 Bedroom Window

All alone in my room..
Sitting in the afternoon..
All i heard is those sad,sad..
Listen to what the said..
From the room window door..

Ordinary day...(3x)
Ordinary..

C/o

Little by little..
Thats she wants it all..
About you..
If you find me..
Im over,over you..

Lying down on my bed..
As the day seem so sad..
Wishing on the sunshine..
Come and take me now..
From the room window door..

notakaki: info pasal band lama ni boleh tengok kat wikipedia. google je. nice song..huhu

November 26, 2010

movie dan drama

ada sebab tersendiri, kenapa aku suka tengok drama siri tv yang berpuluh2 episod dan kadang2 sampai ada 4 atau 5 season mahupun filem yang ada sekuel.

sebabnya, aku suka menilai pembentukan watak dalam setiap cerita tu.

drama mahupun filem, adalah sedikit screenshot yang wujud dalam kehidupan sebenar. sebab itu, bila aku tengok satu cerita, aku tengok satu gambaran kehidupan yang kadang2nya ada sedikit kena mengena dengan aku, mahupun yang tak realistik langsung.

daripada cerita2 filem dan tv ini, aku belajar tentang kehidupan. yes, nak hidup pun kena belajar. dan belajar bukan setakat buka buku teks di sekolah. tak cukup kalau itu saja.

dari cerita2 ideologi penulis skrip dan sentuhan pengarah, aku belajar. belajar tentang perwatakan manusia. ada macam-macam jenis. betul. dan, sebab ini juga, mungkin, aku banyak diam bila ada masalah. serius, aku senang percaya dengan orang, tapi untuk aku ceritakan masalah aku pada orang, itu ambil masa. aku senang berkawan dengan semua. tak kisah langsung walaupun dia tak anggap aku kawan dia. dalam diam, aku perhati perwatakannya. biar mudah aku memahami kawan2 aku.

pada aku, penting untuk kita faham perwatakan kawan2 kita. sebab pada aku, kawan2 memang penting, selain keluarga.

November 23, 2010

jawab soalan dengan lagu

dulu aku dah pernah buat dah ni. tapi nak buat lagi la.

These are the instructions:

1. put your music library on shuffle.
2. for each question, you need to push next button to get the answer.
3. you need to put that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. ok, go!

1. If someone says "Is this okay?" you say...
Do what you wanna do-Mocca

2. How would you describe yourself?
Gives You Hell-All American Rejects

3. What do you like in a guy/girl?
take it slow-estrella

4. How do you feel today?
Fallin' for you-Colbie Caillat

5. What is your life's purpose?
brick by boring brick-Paramore

6. What is your motto?
better together-jack johnson

7. What do your friends think about you?
use somebody-king of leon

8. What do you think of your parents?
i lay my love on you-westlife

9. What do you think about very often?
Dangerous-Akon feat Kardinal Offishall

10. What is 2 + 2?
Hello Seattle-Owl City

11. What do you think about your best friend(s)?
i will survive-cake

12. What do you think of the person you like?
prom queen-bunkface

13. What is your life story?
uprising-muse

14. What do you want to be when you grow up?
hey ladies-rossa..haha

15. What do you think of when you see the person you like?
just you and me-zee avi

16. What will you dance to at your wedding?
just dance-lady gaga

17. What will they play at your funeral?
hujung dunia-nitrus

18. What is your biggest fear?
when it rain-paramore

19. What is your biggest secret?
sangkar besi di hatiku-hujan

20. What will you post this as?
decorate-yuna

*haha gila-gila merapu. saja isi masa lapang. tekanan study animal breeding. huhu

November 21, 2010

entri pendek sempena final exam

tak boleh tulis panjang2.

kawan-kawan. esok aku start final exam. doakan aku untuk final kali ni boleh?

ada salah silap, nak mintak ampun dan maaf. huhu.

itu saja. wish me luck~

November 20, 2010

nak jugak update blog

aku rasa aku perlu jugak update blog ni, walaupun sekarang ni exam mood. huhu.

pertamanya, syukur sebab BE yang ada hinggap dekat blog ni dah bertambah. dulu satu, sekarang ada tiga. jadi, syukur la weyh. dulu asyik merungut je tak dapat2 kan? haha.

keduanya, sekarang dalam bilik, aku sorang je. roomate aku dah balik. dia tak ada final exam, sebab dia dah practical jadi cikgu. dia dah balik, jadi aku sorang2 la kat bilik. memang aku rasa bagus juga sorang2 dalam bilik, sebab lebih selesa dan lebih tenang untuk aku study. aku memang betul punya berkurung la dalam bilik untuk study, dan kadang2 bila time rehat macam ni, aku berfesbuk juga la dan berblog ni.

aku takut gila weyh. nak final exam ni. adeh. k la itu je nak cerita. yang lain2 tu nanti la aku cerita erk.

doakan aku weyh. (T-T*)

November 18, 2010

entri terakhir kot

pukul 10 malam ni tiket aku untuk bertolak pulang ke hostel. nak final exam next week. memang giler ah aku sebab amik cuti se-maksimum yang ada. haha. kesian kawan-kawan aku yang kena ambik alih arnab2 dekat ladang. takpe, nanti time exam, korang tak payah susah2 dah. aku akan take over. thanks a lot korang!

selain arnab dekat ladang, dekat rumah aku pun ada arnab. well, aku cuba bereksperiment sikit, memandangkan ada sangkar kucing aku yang tak terpakai, so aku pun beli sepasang arnab baka Turkey ape ntah. umur dalam satu bulan lebih. nama pun tak bagi lagi. so harap-harapnya, adik aku boleh jaga arnab ni elok-elok.

sebenarnya aku pun tak tau nak cerita apa. aku tulis entri ni pun sambil tengok Spongebob Squarepant. haha. aku rasa,dan aku harap, ini entri terakhir aku sampai la aku habis final exam.

serius? haha, aku sendiri pun tak yakin. sebab perkara yang aku buat bila surf internet, facebook dan blog dah jadi perkara wajib. huhu.

doakan baik-baik je perjalanan aku malam ni, dan doakan aku untuk final exam nanti.

November 17, 2010

Selamat Hari Raya!

selamat hari raya aidiladha, semua.

aku rasa raya haji tahun ni, kurang sikit kemeriahannya, sebab orang yang kerja, cuti sehari je. abang aku pun sama. dia tak balik kampung. sama la sedara mara yang lain.

untuk student macam aku, next week dah final exam. untuk budak SPM pun sama. adeh, bila bercuti dekat rumah, faham-faham je la tahap 'kerajinan' aku untuk study. haha. takpe la. at least aku cuba jugak untuk study. dan paling tidak pun, semester ni aku rasa aku berusaha kuat dah.

rasa macam nak redha pun ada semester ni. terasa bila berada di kelompok bawahan tatkala usaha berlipat-lepat ganda memang menguji kesabaran. mujur aku kuat lagi.

aku harap, semangat aidiladha ni tersemai la dalam diri aku. aku korbankan segalanya untuk final nanti. aku tak kisah result nanti macam mana. sebab semester ni, aku redha. tapi redha bukan makna mengalah. aku tetap usaha sebaik yang mungkin.

secara personal, target aku untuk final ni, tak ada. hanya mau buat yang terbaik. kalau masih ada rezeki, aku harap aku boleh dapat 3pointer ke atas.

selamat hari raya!
esok nak balik terengganu!

November 16, 2010

Buffered Earning Aku Yang Pertama!

selamat pagi semua.

agaknya dengan MLM yang aku ajak buat semalam, berapa ramai la downline aku hari ni agaknye?
haha.

aku mulakan pagi ni dengan kesyukuran yang teramat sangat, kerana pagi ni, aku dianugerahkan BUFFERED EARNING oleh NUFFNANG. okey blogger otai2 mesti gelak2 besar ni. haha. mana tidaknya, aku baru dapat satu je BE, dah nak kecoh2. huhu.

dari zaman aku matrikulasi, aku berblog, tapi aku join nuffnang ni dari pertengahan semester satu bila belajar dekat UNISZA (dulu UDM/KUSZA). dan sehingga kini, aku dah dapat dua check dari nuffnang. setelah hampir setahun ni, baru la dapat BE yang pertama. walaupun aku tak la kisah sangat tentang BE ni dulu sebab aku ber-blog cuma nak share content aku, tapi sikit demi sikit, aku cari jugak tips2 untuk earn something dari nuffnang. so aku anggap, BE ni bonus sebenarnya untuk aku. sebab dalam blog aku, tak la best mana pun. ikut suka aku je tulis ape kan? haha

so BE aku yang pertama:


harap lepas ni, dapat banyak lagi. huhu. dan moga content dalam blog aku lebih bagus di masa hadapan. 

okey, bunyi cam poyo je kan? haha.

November 15, 2010

MLM

aku nak ajak korang join MLM. nak tak?


MLM aku, tak ada modal pun. mudah. tapi MLM aku ni tak ada untung pun. tak boleh buat korang jadi kaya pun.


orang selalu kata, kalau kita buat baik dekat orang, orang akan buat baik kat kita pulak kan?


so bila korang jalan2, lepak2 dekat town, cuba korang senyum dekat sorang stranger. pasti, dia akan senyum jugak. tak banyak pun, sikit. dari satu senyum, dah jadi 2 senyum. dan secara automatik, stranger itu dah jadi downline korang. dan bila dia senyum dekat yang lain, yang lain itu pun senyum. lama-lama satu dunia boleh senyum. 20 juta senyum, then akan dapat 20 juta senyum lagi. dan makin tambah, tambah, tambah.







 senyum la erk. huhu.

November 14, 2010

Double Dutch






pukul 2 pagi aku habiskan double dutch yang tinggal sikit lagi dalam peti sejuk, sambil baca satu blog best.
serius best, sebab aku baca-baca sampai la entri dia ke awal tahun lepas. gila kan?


aku letak aiskrim kat tepi. baca dan fokus. then, sedar-sedar dah banyak semut. sial je kan?

try amik gambar semut, tapi macam tak best je. haha

makan aiskrim tengah2 malam tak elok. gemok macam aku nanti. adeh, bila nak kurus ni?

Hari Ini, Esok, dan Seterusnya

Amad dapat email dari jauh. dari Mya. rindu benar dia dengan Mya. untuk seketika, dia rasa Tuhan kembalikan separuh hatinya.

dalam e-mail, ada terselit satu video dari youtube. dia pun bukak.







Amad pasang lagu ni ulang-ulang.

"love you, Mya"
sayangnya, Mya tak dengar ungkapan itu.


dan Amad tertidur nyenyak dengan lagu itu.

November 13, 2010

cinta overdose

aku pun tak tau kenapa aku pilih gambar ni.

tak ada awek. betul. percayalah.

tapi, aku rasa jiwang je sekarang. iye, sekarang.

mungkin sebab sebelum aku tulis entri ni, aku bergayut sakan dengan sorang awek ipoh yang aku kenal cuma di ruang maya ni. bukan takat itu saja, ada seorang lagi awek kl rajin telefon aku, cerita masalah bf dia, dan masalah kawan2 dia suka tikam belakang. tak tertinggal, dia selalu mengadu yang bibik dia buat hal. mentang-mentang parent dia tak ada sebab buat haji. cehh.

bergayut dengan awek, sembang-sembang biasa. tak ada masalah.

tapi masalahnya, kenapa bila habis kredit masa call diorang, aku sanggup bukak online banking, semata-mata untuk topap? dulu, masa aku dengan ex aku je aku sanggup topap guna online banking. ini dah jadi balik. adei.

betul. rasa jiwang je sekarang gelak-gelak dengan awek cantik. bahaya betul. haish.

kali ini, aku tak nak kata yang perempuan itu ahli sihir. ah, apa aku merepek entah.

ada orang cakap, boleh bercinta, cuma jangan overdose. kalau panadol overdose, berbuih mulut. gula overdose, diabetis. telur overdose, kolesterol.

apa jadi kalau cinta pun overdose?

November 11, 2010

Contest video muzik tribute to P Ramlee



hari ini, mood saya baik-baik saja. jadi saya nak study sekejap lagi.

tapi sebelum tu, sebelum saya study, saya nak kongsi sikit info di radio kegemaran saya: XFM.

*tukar mood.


okey geng. semua dah tau tentang project tribute to p ramlee oleh local indie act kita kan? eh tak tau? takpe, takpe. meh baca sini dulu. kat situ jugak ada list band mana, nyanyi lagu mana.

okey sekarang, tak payah la aku cerita sambutan mana mana. overall memang hangat la. tak ketinggalan jugak ada yang berdebat secara akademiknya dengan aku tentang originaliti lagu-lagu P Ramlee yang tak patut digubah semula. pihak XFM, manager dia ada ulas ni dalam satu sidang akhbar, tapi aku tak jumpa la untuk attach kat sini. boleh search google, apa yang diorang maksudkan indiepretasi itu sendiri.

aku teruskan erk. XFM di website rasminya, ada menguar-uarkan tentang projek video muzik tribute to p ramlee pulak. ini satu contest okey? korang boleh masuk, dan bonus la pada kaki upload video dekat youtube tu. buat je apa-apa video muzik yang sesuai dengan tribute to p ramlee. dan korang boleh la pilih, dan amik lagu yang sesuai, contohnya dari Yuna ke, Hujan ke, ataupun The Ramlees ke. tak pun, korang boleh mix-kan lagu-lagu diorang ni dalam satu video (aku sendiri tak pasti yang ni, check official website okey?)

syarat dia, video tu mesti kurang daripada 5 minit. pandai-pandai la edit. lepas tu, upload dekat youtube, then isi maklumat korang dekat official website.

tak tau official website XFM? nak klik sini. takpun klik sini untuk terus ke info kontest ni.

contoh video dekat youtube, macam ni la lebih kurang..nice beb..huhu






sape kenal awek-awek ni? nak no fon boleh? huhu

okey dah boleh study animal breeding..huhu

dingin malam

malam-malam macam ini, rasanya tak boleh cakap tengah malam yang sunyi lagi. saya tau benar. sejak saya tamat zaman sekolah hingga masuk universiti, boleh dikira waktu saya tidur sebelum tepat tengah malam. kalau ada, mungkin sebab sakit. mungkin sebab sehari suntuk berjalan sana sini. dan saya kira, ramai yang lain begitu juga. hidup di kolej, memang terbukti kenyataan saya.

malam ini saya bosan. internet ada. belum potong. tapi saya bosan jugak. cuba baring-baring atas katil. tak dapat lelap. lalu saya keluar rumah. ambil angin malam.

ketika itu, memang dingin. angin tiup laju, menerbangkan daun-daun kering ke arah buaian di laman. saya duduk di situ. kosong fikiran. masalah study, tak langsung diingat. masalah awek, saya tak ada awek untuk dirunsingkan. tenang saja.

kriuk..kriuk..kriuk..bunyi buaian.

saya pandang langit. ada bulan, tapi tak penuh. awan pun ada. tapi saya tak jumpa awan berbentuk aiskrim mahupun strawberi. yang ada cuma bentuk lolipop dan bentuk angkasawan. saya yakin itu awan berbentuk angkasawan, bukan angkasawan sebenar.

lama juga saya terpegun di luar.

tiba-tiba, telefon bimbit bunyi-bunyi dekat dalam. jadi saya pun masuk dalam. sambil tu, nak buat air nescafe sekali la, dan tulis entri ini.

-habis-


memang tengah bosan pun malam ni.

November 9, 2010

*CONTEST- MISS LOLLY'S | BIRTHDAY*

semalam aku masuk contest dekat satu blog, so hari ni aku terfikir nak masuk contest anjuran kawan2 blogger ni. so, dalam blog list aku, ni ada sorang awek manis buat satu contest sempena hari jadinya yang ke 23. huhu dah makin tua kak oi.. huhu

comel tak beliau? haha




Miss Loly ni antara blog yang aku selalu baca, sebab entri dia best dan dia jugak cute. so sempena birthday Miss Loly yang ke 23  pada 12 November ni, aku wish Miss Loly happy2 seperti selalunya dan berjaya dengan apa yang dia ceburi. (macam formal pulak bunyinya..haha)

so, kalau aku dapat rm100 untuk dibelanjakan sebagai hadiah hari jadi Miss Loly, aku nak belikan dia tudung yang comei2. tapi aku tak tau la nak pilih tudung. haha. mana penah aku beli tudung ni. haha. takpe2 nanti Miss Loly, u ikut sekali beli tudung ni erk?

ada balance lagi tu, boleh la nak makan secret recipes. harga tak ingat.. haha



owh, berbalik pada contest ni. syarat-syarat dia senang je.
1. korang buat karangan pendek ataupun coretan merapu untuk wish birthday Miss Loly yang 23 (macam yang aku merapu kat atas ni)
2. Miss Loly kata, kalau dia bagi korang rm100, korang nak bagi apa dekat dia? ha, jawab..jawab..
3. nanti paste link entri contest ni kat ruang komen entri contest ni.

eh, lupe pulak. tajuk entri korang kena tiru macam aku tau. haha

so korang pun boleh join. ada rezeki, ada la.. yang penting, kita doakan Miss Loly sambut hari jadinya dengan happy. jarang jumpa orang yang celebrate birthday, tapi dia yang bagi hadiah kat orang lain kan?

tak menoleh lagi bahagian 3

"hi cupcakes. ada kat mana? kami dah gerak ke airport. see u there.."

jam dinding tepat pukul enam petang. janjinya mahu tiba di airport sebelum pukul tujuh. mujur dia dah bersiap. cuma halangannya, warga kota yang memenuhi jalan raya. ah, itu tak boleh elak. memang tak normal Kuala Lumpur kalau petangnya sunyi tanpa hon dan deruman serta deretan kereta di jalan raya. kalau itu berlaku, pasti namanya bukan lagi Kuala Lumpur.

tiba di airport, Mya sudah menunggu. bersama kaum kerabat keluarganya. Mya memang rapat benar dengan keluarganya. malah, dengan semua saudara-maranya. fikir Amad, dia yang mengenali Mya setahun sembilan bulan pun akan terasa pemergiannya ini, apatah lagi saudara-maranya, mahupun keluarganya sendiri.

Mya duduk dengan Amad. makan malam. tapi siapa pun tak mahu makan. tak selera. Amad cuma minum espresso yang suam, sama seperti Mya. mereka berborak mesra, gelak ketawa. menghabiskan masa yang ada, bersama.

"i ada something untuk u sebelum i pergi"

"apa?"

Mya menghulurkan satu goodie bag, berisi bungkusan empat segi.

"apa ni?"

"jangan bukak dulu. tunggu i call dari Australia, baru bukak."

"okey. i pun ada sesuatu untuk u"

Amad hulurkan novel tulisan Lewis E Aleman. novel bahasa inggeris. itu novel yang dia beli ketika dia kali pertama terserempak dengan Mya di Kinokuniya, Suria KLCC. dan itulah novel yang paling Amad suka.

"thanks"

"and there's one more. dalam beg u. sebelum u call i dari sana, boleh bukak dan baca. promise jangan gelak,"

Mya senyum, dan itulah yang Amad paling suka. dan mungkin, nanti dia akan merindui senyuman itu. dalam hati, dia bersyukur dilahirkan dalam zaman teknologi tinggi ini. duduk jauh-jauh, boleh ym, skype dan macam-macam. walaupun dia selalu kata teknologi buat manusia jadi malas dan rosak, tapi kali ini, lupakan la.

tepat pukul 9 malam, Mya naik kapal terbang. sebelum itu, Mya peluk cium keluarga dan saudara-maranya. Amad hanya perhati diam-diam. Amin dan Imran, anak buah Mya menangis-nangis lihat Mya pergi. dan dalam hati Amad, dia juga tertitis air mata.

Amad terus masuk ke kereta selepas hilang kelibat Mya dari mata. dan sebelum memandu, telefon bimbitnya berbunyi. ada pesanan ringkas.

"lima tahun tak lama. betul. tak lama."

dia tak balas pesanan itu. dan sebelum dia berlalu, ada satu lagi pesanan masuk.

"yes honey. i love u too"

ada emotion sekali disertakan di situ. Mya memang tahu benar isi hatinya. Mya tau Amad jarang ungkapkan kata-kata macam tu.

dan ketika itu, Mya menatap muka hadapan kad yang diberikan oleh Amad. dia tatap muka depan, dan senyum lihat lukisan Amad. dia dah janji takkan gelak.

di saat kapal terbang itu berlalu di atas keretanya, sekali lagi dia berda, minta dia dikuatkan untuk hidup. esok dan hari seterusnya.

November 8, 2010

jual sling bag pulak

Miss X tegur aku..hari-hari update blog, belajar main gitar..so mesti hari-hari boleh study satu chapter satu hari kan? teruk kena perli..huhu


okey..anyway, hari ni pasal bisnes. nak promote sling bags pulak. handbag hari tu, alhamdulillah, ada jugak sambuatan. so, nak try pulak sling bags ni. mana tau ada rezeki. huhu.

okey boleh tengok gambar2 ni..

Kod : AZ0140
Jenama : Coach
Harga : RM 35.00

Kod : AZ0141
Jenama : Coach
Harga : RM 35.00

Kod : AZ0142
Jenama : Coach
Harga : RM 35.00

Kod : AZ0143
Jenama : Coach
Harga : RM 30.00

Kod : AZ0144
Jenama : Coach
Harga : RM 30.00


Kod : AZ0145
Jenama : Coach
Harga : RM 30.00

Kod : AZ0146
Jenama : Coach
Harga : RM 30.00

stok agak limited. so siapa cepat dia dapat la. boleh e-mail direct dekat amadkhir@gmail.com atau tinggalkan komen. make sure tinggal komen dengan e-mail sekali erk...

itu saja. nak pergi sambung study animal anatomy..huhu

November 7, 2010

cerita tentang Ainul Aishah

hari ini, tak ada cerita pasal aku. so nak cerita pasal Ainul Aishah.

siapa Ainul Aishah ni? dia ni pelakon. banyak jugak cerita dia belakon, antaranya filem Histeria, and drama Merah Putih and Keliwon.

 boleh baca sini jugak.; klik sini

yang aku nak cerita, pasal dia terlibat dengan nyanyian. aku mula notice dia dalam nyanyian masa Pekan Frinjan Edisi Kolar Biru, 1 Mei 2010. (aku pergi sorang2 je, sedih tol). dan lagu dia with bro Jayzuan tajuk, For Lovers, sangat best. aku suka. huhu. ni ada video, tapi aku jumpa time practice je.





nice kan? so lepas tu aku tak update sangat pasal dia ni. dan lately, dia keluar dengan lagu Don't Worry Honey. siap masuk radio lagu. juga, ada lagu The Old Him. not bad untuk dia. bleh la untuk terus masuk industri ni. walaupun ada je orang kritik kata yang dia tak boleh nyanyi, tapi aku rasa, why not? ok gak pe..


tak cukup video tu? ni aku bagi lagi.. dengar, and komen sket..ok or ko dia ni?







well, macam mana? huhu, ada kata okey, tapi ada kata tak best kan? telinga masing2, so apa aku dengar tak semestinya best jugak bagi korang..huhu

November 6, 2010

button FB like and share

okey ini tak ada kerja..

baru cuba pasang button "like" and "share" @facebook. ketinggalan sungguh kan?

takpe lah. saja je buat..haha


itu saja..bye

November 4, 2010

buku Fynn Jamal-Ranap

saya peminat kak fynn, so saya nak hebah-hebahkan hal ni kat ramai orang. support kalau minat. huhu

RANAP-FYNN JAMAL

saya nak...er kekok la weh. haha.. okey, aku sebenarnya nak beli buku ni, dan masa emel dealbion tadi, dia kata ada stock, dan dia mintak aku hebah2kan. so tulis satu entri kat sini pun satu hebahan jugak kan..huhu..

okey, pendek citer, kalau nak beli buku ni, harga dia rm20 je. berbaloi buat collection. even aku pun simpan buku dia, (cuma Buku Satu je dah takde, aku hadiahkan kat kawan aku before dia ke Mesir). jangan bayar kat aku, sebab bukan aku yang jual.

aku pun baru nak beli ni. esok kot aku bank in.

ni aku copy dari blog dealbion..


To book your copy, bank in RM20 to Furqaan bin Mohamad (Maybank - 162807021587), then e-mail the slip and your address to us at: dealbionmalaysia@gmail.com 

kalau nak tau siapa fynn jamal, ni aku kasi link blog dia. (aku tak tau kak fynn marah ke tak, sumpah aku takut kalau dia marah)

klik sini: blog Fynn Jamal


jangan marah erk kak..(hope dia tak tau entri ni..huhu)

hati yang fragile

018

marah ibarat singa
sedih hati berkecamuk

bila senyum itu menguntum,
semua hilang.
semua baik saja.

kamu memang ahli sihir.

Ya
betul
tak boleh
walau aku pejam mata
aku masih dapat lihat


senyum kamu.

November 2, 2010

Senarai lagu Separuh Akhir Muzik-muzik 25

Anugerah Juara Lagu adalah event yang aku paling suka antara award event yang ada dekat Malaysia ni. dan sebab itu ada entri special ni. aku dapat info ni dari sedara Budiey, so apa dia tulis tu sama je input dengan apa yang aku nak tulis ni.

Muzik-Muzik 25, peringkat separuh akhir kali ni, ada 30 lagu. point yang nak aku tunjuk kat sini, tahun ni menarik. sebab Hujan, Faizal Tahir masing-masing ada tiga lagu. dan Noh sendiri kena perform dengan A.P.I dengan lagu Pelita. huhu.

dan Mirwana agak bertuah. dua lagu yang featuting diorang, masuk semi finals. satu dengan Fiq, dan Hujan sendiri. cik Ana Rafalli kita pun ada dua lagu. so hope lagu2 ni ada luck untuk ke final. Black pun ada dua lagu, satu Sofia Jane dan duet dengan MUH, Drama King.

Yuna, naib johan tahun lepas ada satu lagu di separuh akhir ni, Cinta Sempurna. juara, Aizat, pun satu lagu, Susun Silang Kata. kalau album Urusan Aizat Amdan keluar awal sikit, mesti banyak lagu dia. takpe, maybe next time. huhu.

ini list lagu yang masuk semi final:


8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam:
  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam:
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

November 1, 2010

Handbag cantik. sape nak beli?

kali ini, aku nak share bisnes dropship yang aku buat. mana la tau ada geng2 blogger berminat nak beli handbag. dekat facebook dan aku uploaad gambar2 handbag ni, so sekarang nak share kat sini la. handbag yang aku jual ni, dari seorang kawan, dan saja la mau tolong kawan. harga, boleh runding2 sikit la, boleh tolak komisyen aku. huhu. 

owh ye. kalau berminat nak beli borong pun, boleh je. nanti boleh aku bagi contact number owner bag ni. 

skrg, jom tengok handbag apa yang ada...




  
Kod : AZ0076
Jenama : Tracey Star (Original)
Harga : RM95.00
Kod : AZ0135
Jenama : Tracey Star (Original)
Harga : RM 125.00
Kod : AZ0117
Jenama : Polo (Original)
 Harga : RM120.00


Kod : AZ0063
Jenama : Tracey Star (Original)
Harga : RM80.00
                    
Kod : AZ0077
Jenama : Tracey Star (Original)
Warna : Black,Brown
Harga : RM95.00
Kod : AZ0107
Jenama : Coach
Harga : RM95.00

Kod : AZ0118
Jenama : Polo (Original)
 Harga : RM125.00
Kod : AZ0104
 Jenama : Coach
 Harga : RM85.00
Kod : AZ0119
Jenama : Polo (Original)
 Harga : RM120.00
Kod : AZ0121
Jenama : Polo (Original)
Harga : RM120.00
Kod : AZ0128
Jenama : Tracey Star (Original)
Harga : RM 120.00
    

Macam biasa, kalau berminat, email dekat amadkhir@gmail.com atau tinggal je comment. sape cepat, dia dapat weh.. huhu