May 31, 2010

result semester 2

taniah kat kawan2 kat UDM. result sem 2 dah keluar. adat la, ada cemerlang, ada yang tak. takpe, kalau ada rezeki, sem baru boleh success.


result aku?

tak payah tanya la. sebab aku tak bukak pun portal tu. aku nak biar berhabuk result aku kat sana. haha.

kalau si sifu pun bawah 3 pointer, amir pun kata jatuh tergolek, aku rasa aku maybe terguling2 spuloh kali then jatuh longkang agaknya.. haha

Ray dan Haniff XFM pindah Era Fm

pagi2 bukak nuffnang, check earning, nampak la naik sket earning. bila aku search, aku nampak satu keyword, 


"ray dan haniff dari xfm ke era fm"




kepada yang search, iye, memang. confirm. saya tahu anda minat xfm, macam saya.


dari apa yang aku tahu, dekat facebook era, ada status kat sana. ada segmen baru kat pagi di era. tajuknya Tiga Abdul. bila ditanya, admin menjawab, tiga orang itu, aznil, ray dan haniff. aku x confirm diorang dah masuk ke blom. semua senyap sekarang. bila ditanya pada Ira si comey yang handle Ra'Yat Pagi X sekarang, dia kata mamat dua orang ni cuti. eleh Ira, tau la comey,sweet, tapi xleh kelentong aku la.

well, sekarang kan, ramai deejay era, asal dari xfm. kalau tak tahu, adi, burn, dina (di era dikenali sebagai Dee, sebab ada 2 dina) ada beberapa lagi, dah pindah. dari awal ra'yat pagi X mula, aku dah agak dah. bila ada yang meletup dekat xfm, era akan amik. kira macam naik pangkat la konon.

jangan risau, xfm hidup sebab aku suka muziknya. deejay penghidup suasana je. harap2 sapa yang masuk xfm, korang akan buat gempak jugak macam ray and haniff tu.

p/s: kalau aku apply jadi deejay xfm, lepas x? dapat weekend jox pun ok pe? huhu. sanggup aku ulang-alik trgnu. serius ni! huhu




notakaki: tadi dengar era. ada iklan. betul ray haniff sudah bergabung dengan aznil. confirm!!

May 30, 2010

cara fikir

kadang-kadang aku hairan juga. sekecil-kecil hal boleh buat dunia jadi gila.

tapi kita kena faham. nama pun manusia. tak akan sama setiap orang. betul?

pernah tak korang lepak2 dengan kawan2, pastu citer tentang satu isu hangat. apa saja isu, dan semua orang bagi pendapat, sokong bangkang. lepas itu ada yang emo, kena bangkang abis2. haha. aku kadang2 emo jugak.

okey. tersimpang jauh.

entri kali ini aku tulis sebab mau bangkitkan sesuatu. ada sesetengah orang, lantang berbicara. tapi isi padat. kukuh. aku suka. dia luah saja apa dia fikir betul. dan aku pun fikir betul. sebab itu dalam diam aku suka dia. sayang. macam kakak. cuma dia tak tau.

bila layan perfomasinya hari itu, aku duduk sendirian. dikelilingi orang yang aku kenal, tapi mereka tak kenal aku. mereka itu aku anggap rockstar, jadi aku biarkan mereka. sementara layan perfomasi.sedang layan satu perfomasi yang aku anggap memang hebat dan tersentuh jiwa, di belakang aku, satu lelaki, tegap, 30an, cakap, " ayat dia bongkak giler, macam la hebat sangat".

kalau aku ikut hati, mahu saja terus serang, maki dia habis-habisan. aku memang berani. lagipun bukan aku saja terpaling ke belakang bila dengar statement itu, sekalian rockstar di tepi aku pun rasa yang sama. tapi aku dengar di antara mereka kata "biar. cara kita fikir belum tentu sama dengan apa dia fikir".

terpacul di mulut aku

"so bukan kita patut ubah cara dia fikir?"

"kalau dia fikirkan yang salah, patut kita biarkan dia percaya apa yang dia fikir walaupun salah?"

rockstar itu terus datang, kenalkan diri sama aku. sambil berjabat tangan, dia cakap,

"khir, lepas habis perfomasi semua, ikut kami minum, mahu?"

aku angguk. dan dia berlalu. lepas abis perfomasi, aku tengok jam. lewat. aku kena gerak. sebelum gerak, brader itu datang,bukan jumpa aku, tapi jumpa mamat yang tak puas hati, sesuka hati label orang bongkak. "lain kali kau akan dapat jawapannya. jemput selalu ke mari."

aku masih tunggu jawapan, ikut persepsi brader itu. tapi pada fikiran aku sendiri, bila aku cuba jawab sendiri soalan aku sendiri, aku terfikirkan. macam aku sendiri tak suka Akademi Fantasia yang masukkan Shahir untuk konsert final. okey, terlalu baru untuk itu, sebab belum tentu lagi jatuh bangun dia. okey, kalian yang fanatik, jangan marah. sebab aku tengok AF ala2 kadar je.

aku amik contoh senang. dulu aku tak suka mawi, dah tersingkir, tapi menang. aku rasa dia sangat2 poyo. tapi lama2, secara tak sedar, aku pun layan nyanyi lagu dia. haha.

eh mawi mana sekarang?

oke tak penting.

yang penting, brader itu suruh datang lagi ke sana. sebenarnya luahan mamat kerek itu cuma satu persepsi, dan persepsi itu bukan solid. kalau selalu kau dengar, hayati, mesti kau paham.

cerita senang, pernah tak korang dengar lagu baru kat radio,awalnya korang rasa lagu ntah ape2, poyo, tak best, etc. pernah kan? sebab aku pernah. dulu aku tak suka lagu aril-menatap matamu ( ke menatap wajahmu?), yela, lagu pendek, ulang2, cam tak best. tapi hakikatnya, aku layan jugak. still boleh terima, sedap telinga dengar. boleh la kan? tapi bila orang tanya, aku tetap cakap aku tak suka lagu tu.

nak label seseorang, atau sesuatu, kena faham dulu. first impression tu tak kira, okey?


ntah kenapa panjang sangat entri kali ini. haha

May 29, 2010

hilang kata

sepanjang aku ber-blog,
ini pertama kali terasa begini.



aku hilang kosa kata.

SIAPA CURI??

pulangkanlah.
biar aku bisa menulis di sini.

May 28, 2010

blurr

sehebat mana teori masa belajar



realiti itu jauh lebih hebat.


belajar dari pengalaman.

teka lirik ni *isi masa bosan*




Semuanya kan berakhir
Kiranya kau kan mungkir
Tetapku menunggu mu
Untuk kau terus berfikir
Jangan kau anggap ini semuanya
Hanya mimpi yang tak berharga
Jangan kau hampa tentang isinya
Kenangan yang telah kita bina
Hanyaku yang inginkan semua
Untuk kita terus berdua
Ku kan terus tersiksa
Kiranya aku tetapkan menunggu dirimu
Harusku menahan semua kisah cintaku
Jauh, jauh….
Jauh…

cuba teka lagu apa dan penyaninya?

May 27, 2010

*urgent!! mau jual mp3

sekarang ni, saya betul2 mau jual mp3 ini.

ada  sebiji mp3  2gigabyte + sony earbud earphone + bag mini minie mouse + usb.

*ada 3 unit saja, dan semuanya biru

disebabkan saya mau habiskan, saya nak jual dalam rm80 je. ada yg berminat?

emel saya kat amadkhir@gmail.com or drop comment kat bawah or pekikkan di shoutbox. ok?


coming soon...

my own blogshop.


apa saya nak jual, ada di sana.


main product saya, will be adidas stuff. original. yes. trust me.

Xfm terbaik!!


stesen radio terbaik.
biar masih kurang eksposinya
biar.
masih ada aku sokong.

kalau korang dengar lagu melayu (terutamanya lagu indie) baru dekat radio lain,
dekat xfm korang akan rasa dah lama lagu tu hits.

contoh?
ana raffali
(*saya suka sebut ana raffali banyak kali kat blog ni kan? ah biar r!)
HBKL dan berbulan-bulan masuk XFM
dan bila masuk radio lain,
"eh lagu pe ni? best r"

paham?
tak paham takpe.

hei, aku masih dengar lagu inggeris
mahupun indonesia
tiada batas langsung dalam muzik.
tak kira siapa, tak kira genre.

effort XFM sangat bagus.
dari zaman adi fashla dan julia di XFM,
walau satu-satu deejay pindah ke era
masih
aku support!!

walau aku suka Ra'yat Pagi X dgn Ray dan Hanif,
aku suka Ira. kiut weh!!

May 26, 2010

pertandingan untuk mereka yang suka menulis

pusing-pusing
menyelam di google
aku terjumpa ini

Pertandingan menulis cerpen, sajak dan slogan 2010
anjuran PEMBINA JOHOR


Kempen ‘Kami Prihatin’ yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai suatu langkah yang baik bagi meraih perhatian para muda-mudi supaya lebih berhati-hati dalam tindakan dan bersifat belas kepada bayi tidak berdosa yang dilahirkan.
Justeru, atas kesedaran yang tinggi, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor menyambut baik pelancaran kempen dengan menganjurkan Pertandingan Penulisan Sajak, Cerpen dan Melengkapkan Slogan 2010 bertemakan ‘Prihatin, Kasih-Sayang dan Perikemanusiaan’ sebagai inisiatif buat para belia dan beliawanis seluruh Malaysia mengekspresikan idea dan perasaan mereka berkenaan isu ini.

menarik?

boleh cuba.


SYARAT PENYERTAAN
1-   Warganegara Malaysia dan berumur antara17-40 tahun.
2-  Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
3-    Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
4-    Karya boleh dihantar secara Online melalui Email : penulisan2010@gmail.com
5-   Karya harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, Nombor Telefon, Nama IPT/Sekolah, Alamat Rumah dan Alamat Email.
6-   Karya yang tidak mempunyai maklumat peribadi yang lengkap tidak akan diterima.
7-  Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan di dalam blog ini : http://pembinajohordt.wordpress.com/
8-   Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2010
9-   Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak PEMBINA di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
10-   Pihak pengelola (PEMBINA Johor) akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.
11- Penyertaan juga dibuka kepada warganegara Malaysia yang sedang belajar atau bekerja di luar negara.

untuk syarat2 bagi setiap kategori, boleh jenguk sini. ya sini.

tulis la ikut suka hati.
ada rezeki, siapa tahu.

May 25, 2010

tag ketiga


Kali ni di tag pula oleh cahayamylife
saya pun boring, so layan la benda ni.
Berikut adalah soalan-soalannya:

1.Adakah anda happy sekarang??

nak jawab tak happy. tapi soalan bawah dah tanya, kenapa happy. so aku jawab, happy.


2. Kenapa anda happy??

sebab takde pilihan.. haha

3. Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
bila ada orang bagi duit. haha

4.Pernahkah anda menerima tag?

seingat saya, ini tag ketiga yang saya buat. haha

5. Nyatakan warna yang anda suka.
biru.

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

sesiapa yang nak jawab, amik la. malas mau link2 ni. haha.


7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe. 

takde. siapa2 yang sudi. jawab.

untuk apa

 016

untuk buat situasi lebih jelas untuk aku
dan semua yang mahu tahu tentang hidup aku


untuk apa cinta ini
terungkap
untuk memerangkap
ungkap
senang
hanya untuk dibuang
tinggal sendiri
seorang.

dan kau
tak pernah
ambil peduli.

aku mahu tamatkan
di sini.

Ana Raffali- Dan Kubiarkan Kau Terlepas





aku suka lagu ini.
lagu yang best.
antara yang best dalam album barunya.
ketika aku kecil.

er
sebenarnya.
aku tak dapat putuskan
lagu apa paling best dalam album baru ana raffali ini.

korang dah dengar lagu dalam album ketika aku kecil?
korang rasa lagu mana paling best?

May 24, 2010

gelegak.

jangan bilang saya hebat.

sebab saya pun tak mampu hidup sendiri.
belum boleh hidup sendiri.

amuk dalam jiwa.
gelegak.
medidih.

ada kajian kata.
Angah lebih independent dari yang lainnya.

tapi Angah yang lain.
aku rasa aku indie.
cuma tak cukup.


p/s: Gadis Ayu, lagu bila siap? cepat la. aku tak sabar dah. haha

May 23, 2010

tak suka dihentam. suka menghentam

skuad badminton salahkan media atas prestasi tak menentu.



PIHAK media tanah air menjadi sasaran pemain badminton negara, semalam yang mengaitkannya antara punca utama mereka gagal dalam saingan Piala Thomas-Uber, minggu lalu sambil tampak menolak andaian bahawa kelemahan diri sendiri turut menyumbang kepada keaiban di laman sendiri.

 reaksi?

media melenting. kan?
*tapi dalam hal ini, ini bukan punca utama pun.


bukan itu yang mahu aku review sangat.

siapa pun tak suka dihentam kan? lagi-lagi sesuatu isu yang boleh menjatuhkan krebiliti seseorang itu, termasuk media sendiri. peranan media umumnya sebagai penghubung. 

bila media jadi hakim, penentu hukum salah silap tentang sesuatu, memang tidak adil. 

sebab itu media tak boleh dipolitikkan.

 sebenarnya bila aku baca paper pagi-pagi, atau tengok berita di tv, mahupun tengok melodi, aku susah mau percaya bulat-bulat. tambah-tambah la berita hiburan. 

method media hiburan. dapat berita, terus siarkan, tapi tak bagitau siapa artis, atau yang berkenaan. ada feedback, teruskan lagi review artikel sama. setiap kali review perkara sama, ada klu untuk teka siapa artis berkenaan. haha. betul?


korang pun selalu main teka-teka pasal gosip2 kat paper kan? sebab aku pun pernah.

 tapi aku suka review pasal Ana Rafalli hari ini. sebab aku suka album itu. 

jangan download album itu kalau betul-betul sokong. 

*kata support!! (nada RAY XFM) 

one piece punya pasal la ni

entah macam mana.

pada awalnya memang aku ingat mau tidur lewat.

nak tunggu match inter-bayern.


so, aku layan one piece dulu.



dan,

aku terus tidur!!

lupa terus pasal bola!

adeh.

May 22, 2010

rojak-rojak lagu

belum tersimpul mati
masih mecari konklusi
dan sebenarnya
kamu memang extravaganza
kerana alunan vio pipe
memang ada kimianya dengan cinta gila si murai penipu

cinta sempurna kata yuna
seolah-olah pakai buang bagi stacy
seolah-olah nikmat sementara
seolah-olah mirage

walaupun begitu
aku tetap berkan lagu cinta untukmu
sebagai penyelamat cinta
kerana ku takut kau hilang
dan ku mahu kau tahu
aku tetap drama king.
walaupun hujan di kuala lumpur.


ah. gila.




cuba kau listkan lagu dan artis kat atas ni?

May 21, 2010

magic

bila magic dibuat di depan mereka yang dah tau

tiadalah magic.


seronok tengok budak kecil terpegun lihat aksi magic.

reaksi itulah magic sebenar. 

reaksi.tulus.ikhlas. tak dibuat-buat.

Beeha dan Pari-pari Kertas

artis wanita memetik gitar
aku tertawan.
aku suka bait-bait lagu ini.
dia hebat.


ada 2 3 kali tengok perfomasinya. 


aku percaya, dia akan melangkah jauh, sama arah seperti Ana Raffali.




Beeha- PARI-PARI KERTAS


verse 1
matahari menyinari
walau ku tahu semuanya tak pasti
bulan berlalu pergi
namun hatiku masih di sini


bridge
akulah pari-pari
bukannya matahari

ulang 2x
disini aku terbang
rentasi bulan bintang

oh aku lah pari-pari kertas
aku pari-pari kertas

verse 2
aku yang sentiasa berlari
mengejar mimpi
masih begini

aku bukannya fantasi
aku realiti
tiada peduli

ulang bridge + chorus

May 20, 2010

jam empat petang

semalam aku pinta mentari

dan

aku dapat mentari pagi
serta
petang dengan awan membawa hujan
kasi dingin suasana.

adil kan?

terima kasih.

pejam mata

015

pejam mata malam ini
mengharapkan hari ini tidak berulang.

pejam mata malam ini
mengharapkan yang resah hilang.

mentari
tugas kau esok
pastikan aku
dan
sekalian umat manusia
ceria.

boleh?

May 19, 2010

10 petua membina sikap positif FINAL part

baca dari awal.  PART 1 dan PART 2

Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita


Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

SEKIAN

YOUTH'10


karnival yang happening.

aku harapakan lebih baik dari hari belia.

siapa mau turut serta?

masuk berbayar.

rm20.

tapi saya bagi pass free.

nak?


saya ada di sana. InsyaAllah.

jumpa,, tegur2. ok?

May 18, 2010

puisi puisi


ika hatimu terasa gundah
Berbaringlah dalam kesunyianmu
Jika hatimu tak lekas cerah
Pejamkan matamu dan tidurlah
Bawa dirimu terbang dan melayang
Dalam indah dunia mimpi
Jika hatimu  riang
Buka mata dan bangkitlah dari mimpimu
Karena ada orang-orang yang menantimu
‘Tuk rasakan belai kasihmu

masa silam

aku masih ingat ketika aku tanya


"saya tak nak menyamar jadi bf awak. nak kapel betul2, boleh tak?"



dia jawab, dengan senyum

"okey"


it was years ago. kan?  ^_^

May 17, 2010

panas matahari

014


suara hati berkata

"puas dengan apa yang kau buat?"


*

hati ini panas

agaknya mentari marah

aku asyik memuja langit

dan bulan bintang


haha.
kau cemburu?



award


terima kasih sang pemberi award.

tapi

bloger menaip,

tak menulis guna pensil.

eheh

sapa mau award ni, boleh ambil

sebab blogger semua kreatif

kecuali
yang salin artikel semata-mata 
nuff, adverlet, dan adik bradiknya.

tq

May 16, 2010

kau dan pengalaman

dulu
kau cakap
"jangan cari saya lagi"

tapi
aku tak boleh

ada sesuatu
kuat
ikatan
ibarat sedatif yang amat kuat.

jangan risau
aku cari kau
hanya untuk beritahu

"Selamat Hari Guru"

kau bukan guru
tapi kau pengalaman

pengalaman
guru terbaik.

setuju?

kamera dan gambar saya

saya suka ambil gambar.

tapi

saya tak suka bergambar.


paling sedih
bila saya mahu orang ambil gambar saya

gambar itu bukan macam yang saya nak.


saya gambil gambar orang
cantik.
tapi
orang ambil gambar saya
tak cantik.

senyum tawar.

minolta anyone?

oh.
selamat hari guru.

May 15, 2010

10 petua membina sikap positif part 2

sambungan dari part 1 (klik sini untuk part satu)


Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.
 ber-blogging pon ok jugak.huhu

etika berkawan

kawan itu penting
pelengkap diri yang tak sempurna.

kamu ada sesuatu
tapi kamu belum lengkap.
carilah
kawan beribu-ribu

bila kawan ramai
apa yang kurang tak terasa
dan kamu rasa kuat dan ceria.

realiti hidup
baik pada kawan
jangan mengharap dia berbaik semula pada kita
sebab
kalau itu yang kamu harapkan
fikir 
apa terjadi
kalau dia tak baik pada kamu

nak kawan dia?

jadi 

terima kawan tanpa syarat.

etika PRS!

May 14, 2010

kalah lagi

kalah 3-0.
kukuh benar tembok china.

usaha terbaik.
boleh improve lagi.

apa yang menarik
tak sabar esok pagi

baca komen
kritikan
cemuhan
kutukan.

bak kata mama tadi

"bila menang, puji melambung. bila kalah, cemuh x habis2"

10 petua membina sikap positif part 1

entri kali ini bersifat motivasi sikit. input dapat dari seminar di uia.


Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

May 13, 2010

jual mp3 pulak



2GB LCD Mp3 Player Mini Metal Clip


  • 2GB new brand mp3 player,not ipod products.
  •  LCD Screen
  • Weight:18g
  • Build-in 2GB flash memory chip by Samsung, the most reliable. (The player is not Samsung brand) Connect to computer's USB port for file / music transfer
  • Great for transferring files to this device and use it as a portable USB drive 2GB !.
  • High quality USB data storage, supporting USB 1.1 and 2.0 full speed 
    Plays MP3 music files (Holds about 500 songs)
  • Supports file folders for easy organizing music files.

PLUS


SONY MDR-EX300SL Earbud Headphone Earphone For MP3




TOTAL PRICE=RM100 including delivery!!

stok colour mp3 terhad..sila cepat booking!!


awan hujan berpecah

Walaupun kita telah biasa dengan kesunyian dan kegelapan
hanya berharap pada cahaya bulan
kita harus terbang tanpa sayap
maju kehadapan walaupun sedikit

Apabila awan hujan berpecah
jalan yang basah berkilauan
Walaupun ianya hanya membawa kegelapan
cahaya yang kuat dan kuat
membantu kita bergerak

May 12, 2010

ber-blogging kembali

saya kembali.

Seminar PRS Kebangsaan anjuran MAKUMA.

banyak ilmu.
banyak manfaat.
banyak kenalan.

seronok.
betul-betul seronok.

May 10, 2010

away to seminar

blog diam sementara.

berada di seminar kebangsaan pembimbing rakan siswa.

10-12 Mei 2010.

tak bwak laptop. tak boleh online.
nanti cerita di lain entri
pengalaman

dan 

gambar-gambar.

May 9, 2010

artikel susulan mengenai zee avi

hari ini.

sekali lagi.
berita harian.

pasal
zee avi
banding beza
dengan yuna.

perlu ke?

baca paper hari ini.
pegi jenguk online.

aku tak suka
tak suka begini.

komen?

selamat hari ibu

selagi aku masih hidup

aku janji

keperitanmu selama 9 bulan
kesakitanmu melahirkanku
penat lelahmu menjagaku

aku cuba jadikan ia berbaloi
walaupun aku tahu
sehebat mana aku jadi
takkan mampu balas jasamu.

anakmu akan cuba jadi sesuatu yang kau banggakan

selamat hari ibu.

May 8, 2010

the big bang theory dan beg kertas

ketika di hostel beberapa hari lepas,

aku layan the big bang theory season 3, download.
biasanya kengkawan aku tak tengok citer ni, so aku tengok sorang2.

satu hari, kawan aku boring, dia join aku tengok big bang theory ni.

"kenapa banyak benda kita tiru Barat, tapi yang satu ni kita tak terpikir nak tiru?"

"kau kenapa? tetibe je?"

"tu..kau nampak?beli groceries, tak guna beg plastik. guna paper bag je. kan boleh selamatkan bumi?"

erm..betul gak apa kawan aku kata. aku setuju kalau kita tukar penggunaan beg plastik kepada beg kertas.


pendapat korang?

May 7, 2010

kamu hentam artis kita, dan kamu kata kamu support?


media hiburan kita,tipikal. tak dapat interview, so macam-macam interpretasi dikeluarkan. kalau betul mahu support, fikir. artikel kau menunjukkan kau support ke?

Zee Avi, aku rasa dia dah cukup bagus. kalau tak takkan namanya gah di luar negara.

dan kamu nilai dia dalam masa berapa jam? 2,3 jam? kalau betul kamu support, tulislah pasal bakat dia. salah dia ke yang dia selesa berbahasa inggeris? dan satu lagi, menurut artikel tu, bukan salah dia pun kau tak dapat interview dia, ada salah phm penganjur n pengurusan bagi pihak Zee Avi. so, sapa patut kau hentam?

aku tak suka media kita begini. dulu kau hentam Hujan bukan main, tapi sekarang? terserlah bakat diorang kan?

baca artikel pasal Zee Avi ni. komen?

oh. cik Sue Anna Joe pun review mende nih? bace2..

May 6, 2010

percaya

sama ada kamu percaya atau tidak
cinta boleh ditemui di blog.

percaya?

May 5, 2010

semester 2 berakhir

















ibarat ikatan kimia,
semakin kuat.
biar kekal
biar selamat.

Ijazah sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan Semester 2 09/10

jumpa sem 3..senior year..haha

siapa Mizz Nina

ada lagi bertanya dengan saya. siapa MIZZ NINA?

apa ko xleh google ke? haha


apa yang aku tau.. dia dari "teh Tarik Crew". dia penah jadi pengacara kat "channel V", jadi model.. pastu aku dah xtau apa dia buat, then tiba-tiba meletup dengan "what you waiting for".

apa ko nak tau lagi? boleh google.


nak kasi video official. layan..

vanilla twilight

013

selalunya aku fikir
tak ada apa yang mahu ditakutkan
sunyi sepi, tiada teruk yang kau sangkakan
sehinggalah ketika aku memandang kerusi kosong di sebelah
kau pernah mengisi ruang itu
dan juga ruang kosong di dalam aku
ya, aku memang sunyi.

sambil melayan perasaan berbaring di pantai
bila memikirkan kamu
aku rasa tak sunyi lagi.


menulis ini sambil dengar owl city-vanilla twilight

May 3, 2010

amek award ni!!


SEJUTA TERIMA KASIH UNTUK kechixx.  KERANA MENG'AWARD'KAN KEPADA amadkhir


rasanya baru kali ke 2 kot aku main tag2 nie..so aku seronok gak r..jom jawab soalan di bawah :

1. Thank and link the person that give you the award

thanks kat si kechixx yang menganugerahkan award ni kat aku. er, best ke blog aku? haha..leh gtau apa yang best?
 

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

So dengan perasaan yg berbesar hatinya aku menganugerahkan award ni kat 10 bloggers aku yg bertuah..dan mereka ialah....brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......(bunyik drum)


aku bagi tujuh je la..haha..sebab aku malas sket mau link2 ni..ok? dun worry..blog korang tetap best walau takde award ni..huhu


3. Contact said blogs and let them know they've won this award

er..ok..

4. State 7 things about yourself

  • nama saya ahmadkhir
  • suka musik, facebook, ber-belog
  • suka nyanyi kuat2 walau tau suara x sedap..haha
  • sayang mak ayah sangat2..
  • x suka on9 lama2 sebab bosan..haha
  • tak sabar balik umah sebab hari ni dah abes final exam!!
  • enjoy lah ber-beloging..huhu